top of page

Kisah kanak-kanak redah ladang sawit sentuh hati PM Anwar

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 17 hours ago
  • 1 min read
Cita cita adik untuk bertemu PM akhirnya terlaksana, sepentas bersama Anwar di Segamat
Cita cita adik untuk bertemu PM akhirnya terlaksana, sepentas bersama Anwar di Segamat

Kisah seorang kanak-kanak yang sanggup meredah ladang kelapa sawit bersama neneknya semata-mata mahu bertemu Perdana Menteri di Segamat mendapat perhatian Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menerusi satu hantaran di Facebooknya semalam, Anwar berkata, pertemuan singkat dengan Muhammad Afif Ikhwan, 9, ketika program di Felda Palong Timur itu meninggalkan kesan mendalam sehingga beliau meminta supaya kanak-kanak itu diziarahi dan impiannya memiliki basikal ditunaikan.


"Impian yang barangkali kecil pada pandangan kita, namun cukup besar untuk menggerakkan neneknya, Rosimah Mohammad meredah ladang kelapa sawit dengan motosikal demi memenuhi hasrat cucunya itu.


"Tangan kecilnya menyelit di celah khalayak dan kami bersalaman dan membawanya ke pentas di Felda Palong Timur, Segamat, baru-baru ini.


"Saya tidak menyangka bahawa detik yang begitu singkat itu membawa makna besar buat Afif," kata Anwar.


Terdahulu media melaporkan keputusan Rosimah, 58, sanggup menunggang motosikal melalui laluan ladang kelapa sawit dari Kampung Pudu hadir ke ceramah tersebut semata-mata mahu memberikan peluang kepada cucunya melihat Perdana Menteri secara lebih dekat.


Sementara itu dalam hantaran berasingan, Anwar turut menzahirkan rasa syukur dapat menunaikan hajat Abdul Razak dan isterinya untuk bertemu dengannya di Senggarang.


Abdul Razak sebelum ini dilapor sanggup mengerah kudrat mengayuh beca bersama isteri untuk bertemu Perdana Menteri tetapi gagal bertemu.


"Moga kalian berdua terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan afiyah yang berpanjangan, insya-Allah," kata Anwar menerusi hantaran tersebut.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page