top of page

Pengundi gagal mengundi di DUN Senggarang, nama diguna orang lain

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 11
  • 1 min read
Onn Abu Bakar ketika berceramah malam tadi di DUN Senggarang
Onn Abu Bakar ketika berceramah malam tadi di DUN Senggarang

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Onn Abu Bakar, mendakwa seorang pengundi di DUN berkenaan gagal menunaikan tanggungjawabnya selepas dimaklumkan bahawa namanya telah digunakan oleh individu lain untuk mengundi.


Menurut beliau, satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu yang didakwa berlaku di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senggarang.


"Ada satu laporan polis berlaku pada hari ini di DUN Senggarang, iaitu di SMK Senggarang pada 10.50 pagi oleh seorang pengundi yang tidak boleh mengundi kerana namanya telah diundi oleh orang lain," katanya dalam satu siaran video.


Sehubungan itu, Onn menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat dakwaan berkenaan dan memastikan semua pengundi di DUN Senggarang dapat melaksanakan hak mereka untuk mengundi tanpa sebarang masalah.


"Oleh itu saya mohon pihak SPR memastikan semua pengundi di DUN Senggarang boleh mengundi," katanya.


Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya keluar mengundi lebih awal dan memastikan hak mereka sebagai pengundi tidak terjejas.


"Saya minta orang ramai sila keluar mengundi, pastikan undi saudara selamat, tidak diundi orang lain," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page