top of page

Kadar keluar mengundi PRN Johor rendah, tetapi jalan sesak?

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jul 11
1 min read
Jalan sesak di banyak kawasan bandar di Johor, dan lebuh dari kawasan tengah menuju selatan sesak
Jalan sesak di banyak kawasan bandar di Johor, dan lebuh dari kawasan tengah menuju selatan sesak

Kadar keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor masih belum mencapai 50 peratus setakat jam 2 petang ini meskipun keadaan di lebuh raya utama negeri itu dilaporkan sesak sejak pagi.


Berdasarkan pemerhatian wartawan Suara Keadilan, kesesakan lalu lintas di beberapa laluan utama pada tengah hari memberi gambaran seolah-olah jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah tinggi, namun peratusan sebenar masih rendah.


"Perjalanan dari Skudai ke Kulai sesak teruk. Mungkin ramai dari Seremban, Melaka yang mahu ke Johor Bahru mengundi," kata Siddiqin Omar yang dalam perjalanan untuk membuat tinjauan ke pusat mengundi di selatan Johor.


Bagi beliau, pengundi yang telah selesai menunaikan tanggungjawab tidak sewajarnya berlegar legar di jalan raya atau mengunjungi tempat tertentu kerana masih banyak pengundi lain yang mahu menunaikan tanggungjawab pada sebelah petang.


Sementara itu, keadaan cuaca turut dipercayai mempengaruhi pergerakan pengundi di beberapa kawasan apabila hujan turun di bahagian selatan Johor pada sebelah pagi.


Untuk rekod, semua pusat pengundian di Johor akan ditutup pada pukul 6.00 petang ini.


Sementara itu, faktor keluar mengundi yang rendah bagi Pakatan Harapan merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kerana BN akan memperolehi majoriti 2/3 dengan mudah sebagaimana diramalkan noleh beberapa agensi tinjauan pendapat sebelum ini.

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page