top of page

PRN Johor: PH mendahului di 10 DUN setakat 7.30 malam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 hours ago
  • 1 min read
Kelihatan beberapa pimpinan PH sedang menanti keputusan PRN di Dewan Inderapura, Pulai Spring Resort
Kelihatan beberapa pimpinan PH sedang menanti keputusan PRN di Dewan Inderapura, Pulai Spring Resort

Pakatan Harapan (PH) dilihat sedang mendahului kiraan undi di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 7.30 malam.


Antara kerusi yang dilihat memihak kepada PH sebagaimana dipaparkan di skrin besar di Pusat Informasi PRN-16 Johor bagi PH di Dewan Inderapura, Pulai Spring Resort, Johor Bahru ketika ini.


Sepuluh DUN tersebut ialah DUN Tiram, DUN Puteri Wangsa, DUN Stulang, DUN Perling, DUN Skudai, DUN Johor Jaya, DUN Mengkibol, DUN Tenang, DUN Penggaram dan DUN Bentayan.


Bagaimanapun, kedudukan itu masih di peringkat awal memandangkan kebanyakan pusat pengundian baharu selesai mengira antara 10 hingga 20 peratus undi.


Proses pengiraan undi akan berterusan sebelum keputusan rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Keputusan penuh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijangka diketahui sekitar pukul 10 malam ini.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page