top of page

Keluar mengundi di DUN Kota Iskandar, pastikan menang, bentuk kerajaan baharu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 11
  • 1 min read
Dr Dzulkefly berharap lebih 70% keluar mengundi untuk memenangkan PH di DUN Kota Iskandar
Dr Dzulkefly berharap lebih 70% keluar mengundi untuk memenangkan PH di DUN Kota Iskandar

Pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Johor ke 11 pagi ini berjalan lancar dan cuaca di seluruh Johor pada pagi ini diramal cerah.


Salah satu yang menjadi tumpuan adalah di kerusi N49 DUN Kota Iskandar, Johor Bahru yang mana Pakatan Harapan potensi menang.


Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Dzulkefly Ahmad yang ditemui media usai membuang undi pagi ini menggesa pengundi di DUN berkenaan keluar menunaikan tanggungjawab bagi memastikan DUN itu menjadi milik PH dan sekali gus menyumbang kerusi kepada terbentuknya kerajaan baharu.


"Saya lihat pagi ini seawal 7.45, saya telah berada di pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Taman U (4), Skudai, Johor Bahru.


"Saya melihat telah ada satu barisan yang panjang menunjukkan pengundi di N49 tidak sabar menunaikan tanggungjawab mereka," katanya.


Menurut beliau, proses pengundian berlangsung sehingga ke petang dan semua pengundi di DUN berkenaan perlu memanfaatkan tempoh tersebut untuk mengundi.


"Kita masih menyeru, sebab pengundian berlangsung sehingga 6.00 petang. Pastikan kesemua pengundi N49 DUN Kota Iskandar keluar mengundi bagi memberikan mandat yang majoriti," katanya.


Dr Dzulkefly berkata, beliau berharap kadar keluar mengundi di DUN tersebut mencapai sekurang-kurangnya 70 peratus bagi membolehkan kerajaan baharu dibentuk.


"Pada saya paling tidak 70 peratus keluar mengundi, bagi kita berikan mandat yang besar kepada kerajaan baharu mentadbir Johor," katanya dengan penuh yakin.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page