top of page

Berita


Islamofobia berpunca dari sikap Pas, imej ekstrem, main sentimen kaum
Kenyataan seorang pemimpin MCA yang mempertikai kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membuktikan parti pembangkang itu menjadi punca kepada persepsi Islamofobia dalam kalangan kaum bukan Melayu. Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil (gambar) berkata kenyataan Setiausaha Pemuda MCA, Saw Yee Fung itu menunjukkan MCA sendiri bimbang terhadap imej dan pendekatan Pas sehingga terpaksa meyakinkan pengundi bahawa BN tidak bekerjasama

Helmi Mohd Foad
Jul 172 min read


PN seperti pengantin 'bersendirian' di atas pelamin PRN N Sembilan
Kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bakal menjadi ‘turning point’ untuk menumbangkan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, disifatkan sebagai angan-angan yang tidak berpijak pada realiti politik semasa. Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Fadzli Roslan berkata, jika itu ukuran keyakinan Perikatan Nasional (PN), nasihat beliau cukup mudah, iaitu ‘teruskan bermimpi’. "Sebelum te

Akmal Manaf
Jul 172 min read


Pas jangan pandai kritik, rakyat mahu lihat cadangan selesai masalah ekonomi
Pembangkang perlu tampil dengan pelan ekonomi yang menyeluruh sekiranya yakin mampu mentadbir negara dengan lebih baik dan bukannya hanya mengkritik setiap dasar dilaksanakan kerajaan, kata Md Asyraf Zulfadhly Md Zainudin. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Terengganu itu berkata, apa yang lebih penting ialah setiap cadangan perlu disokong dengan pelan yang realistik dan mampu dilaksanakan. Beliau mengambil contoh negeri Terengganu yang ditadbir kerajaan Pas yang mengkritik p

Akmal Manaf
Jul 142 min read


'Dasar ekonomi PM Anwar berjaya baiki ekonomi merudum era PN'
Menjelang pilihanraya di Negeri Sembilan rakyat diperingatkan mengenai ketidakupayaan Perikatan Nasional (PN) dalam menggerakkan ekonomi sewaktu mereka diberi mandat memerintah pada 2020 hingga 2022 lalu. Bagi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni (gambar), sepanjang PN - yang didominasi BN, Pas dan Bersatu - mentadbir negara, tiada pelan strategik yang jelas dikemukakan bagi menjadikan ekonomi Malaysia lebih baik, sebaliknya ber

Akmal Manaf
Jul 131 min read


Sokongan pengundi teras PH di Johor kekal - Amirudin
Amirudin menerangkan mengenai peralihan undi PN ke BN menyebabkan kemenangan besar gabungan itu Sokongan pengundi teras Pakatan Harapan (PH) di Johor masih kekal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16, namun peralihan sokongan daripada Perikatan Nasional (PN) kepada Barisan Nasional (BN) menjadi antara faktor utama yang mempengaruhi keputusan keseluruhan. Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shaari, berkata kawasan yang menjadi penyokong teras PH masih menunjukkan

Sidiqin Omar
Jul 122 min read


'DUN Bersatu tidak bertanding, ahli harus sokong PH, pertahan maruah Muhyiddin'
Ahli-ahli Bersatu di kawasan yang parti itu tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini disaran memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) sebagai mesej mempertahankan maruah parti dan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Setiausaha Kerja KEADILAN Johor, Muhd Ezaddin Abdul Rahman (gambar) berkata, perkembangan semasa menunjukkan Pas mengarahkan penyokongnya mengundi calon Barisan Nasional (BN) di beberapa kerusi yang tidak ditandingi Per

Suara Keadilan
Jul 92 min read


Muhyiddin larang ahli Bersatu sokong BN
Muhyiddin larang ahli Bersatu bersekongkol menyokong BN. Kredit video: MalaysiaGazatte Meskipun berada dalam gabungan sama iaitu Perikatan Nasional (PN), Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat mengambil pendirian berbeza dengan Pas apabila menggesa pengundi agar tidak menyokong Barisan Nasional (BN), sedangkan Pas sebelum ini mengarahkan ahlinya mengundi calon BN di kerusi yang tidak ditandingi parti berkenaan. Pendirian berbeza itu terserlah apabila Muhyiddin ber

Akmal Manaf
Jul 81 min read


PRN Johor: Pas utamakan percaturan kuasa, bukan agenda pembangunan negeri
Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa pendirian dan percaturan politik Pas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 berpotensi mencetuskan ketidakstabilan politik, sekali gus menjejaskan usaha pembangunan negeri. Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil berkata, kenyataan pimpinan Pas mutakhir ini menunjukkan parti itu lebih mengutamakan percaturan kuasa berbanding menyediakan agenda pembangunan yang jelas untuk Johor. Beliau berkata, kenyataan Presiden Pas, Hj Hadi A

Redzuan Shamsudin
Jun 302 min read


Hj Hadi umum Ketua Pembangkang, lemahkan wibawa Dr Samsuri calon PM?
Keputusan Pas mengumumkan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin kembali menggalas jawatan Ketua Pembangkang baru baru ini dilihat memberi kesan tidak baik terhadap usaha pembangkang menampilkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai wajah baharu kepimpinan mereka. Ketua Penerangan KEADILAN Terengganu, Aiman Wan Alias berkata, perkembangan itu bukan sahaja menimbulkan persoalan mengenai struktur dan hierarki kuasa dalam gabungan

Akmal Manaf
Jun 192 min read


Kemelut dalaman PN: Pas mahu guna logo PN dalam PRN Johor?
Kemelut yang melanda Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat bukan sekadar soal strategi pilihanraya, sebaliknya mungkin berkait dengan keperluan mendesak Pas untuk bertanding menggunakan logo PN bagi meningkatkan daya tarikan kepada pengundi. Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Mohd Fakharuddin Moslim berkata, secara realitinya Pas berdepan cabaran untuk meraih sokongan pengundi di negeri berkenaan sekiranya bertanding menggunakan logo 'bulan'

Akmal Manaf
Jun 182 min read


Ketua Pembangkang: Hj Hadi atau pemimpin PN kuasa pemutus?
Rentetan ‘pertukaran’ Ketua Pembangkang daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin menimbulkan tanda tanya sama ada kuasa sebenar dalam PN terletak pada pemegang jawatan rasmi atau pihak lain yang menentukan keputusan penting gabungan itu. Ketua Penerangan KEADILAN Terengganu, Aiman Wan Alias berkata, hal yang menarik perhatian ialah tempoh Dr Samsuri memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang tidak sampai

Akmal Manaf
Jun 172 min read


Ketua Pembangkang paling singkat jejas kredibiliti Dr Samsuri, Pengerusi PN
Keputusan Presiden Pas, Hj Hadi Awang untuk mengembalikan jawatan Ketua Pembangkang kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin mencetuskan persoalan terhadap kedudukan dan kewibawaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam gabungan PN. Aktivis Pakatan Harapan Terengganu, Awang Muda berkata, tempoh singkat Dr Samsuri sebagai Ketua Pembangkang yang dilantik pada 16 Mei lalu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN, kemudian digantikan pada 13 Jun menimbulk

Suara Keadilan
Jun 152 min read


Pas dicabar nyatakan pendirian terhadap Azmin Ali dalam PN Selangor
Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor mencabar Pas negeri itu menyatakan pendirian jelas berhubung kedudukan mereka dalam Perikatan Nasional (PN), khususnya melibatkan kepimpinan Mohamed Azmin Ali di Selangor. Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Selangor, Ammar Izham (gambar) berkata, situasi semasa susulan keputusan Pas Pusat memutuskan hubungan dengan Bersatu menimbulkan persoalan mengenai hala tuju Pas di peringkat negeri. "Persoalan yang wajar dijawab ialah sama ada Pas S

Redzuan Shamsudin
Jun 122 min read


Pas terajui Malaysia jika pengundi progresif pecah, tidak keluar mengundi
Dakwaan bahawa Pas sukar memenangi majoriti 113 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16 untuk membentuk Kerajaan Persekutuan amat tidak tepat. Realitinya, sebagaimana dibayangkan oleh bekas Presiden MCA, Tan Sri Dr Chua Soi Lek semalam, parti itu hanya perlu muncul sebagai blok politik terbesar untuk berpeluang membentuk kerajaan dan menukar Malaysia ke arah politik jalur keras di rantau ini. Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin (gambar) berkata dalam landskap

Akmal Manaf
Jun 112 min read


Talak Pas Terhadap Bersatu: Apakah Kesan Kepada PN?
Oleh: Dr Zulqarnain Lukman ULASAN: Susulan talak Pas terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) maka timbul persoalan apakah kedudukan Pas dalam Perikatan Nasional (PN) dan apakah kedudukan Bersatu di dalam PN. Untuk memahami isu ini, perlulah dirujuk kepada Perlembagaan PN itu sendiri. Fasal 6 Perlembagaan PN menyatakan bahawa ada tiga jenis ahli PN iaitu Parti Anggota, Ahli Bergabung dan Ahli Bersekutu. Fasal 6.2 menyatakan Parti Anggota adalah Bersatu, Pas, Parti Ma

Suara Keadilan
Jun 114 min read


‘Sandiwara politik’: Pas putus hubungan, mengapa tidak tinggalkan PN?
Putus hubungan antara Pas dan Bersatu yang diisytihar sejak beberapa hari lalu oleh pemimpin Pas mungkin hanya satu “sandiwara politik”. Bagi Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar, sandiwara tersebut boleh dicium kerana Pas masih mengekalkan kedudukan dalam Perikatan Nasional (PN) yang menimbulkan persoalan terhadap keikhlasan dan prinsip perjuangan parti itu. "Keputusan kepimpinan Pas pusat untuk menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu namun pada masa sa

Redzuan Shamsudin
Jun 112 min read


'Parti jalin hubungan dengan Pas dapat pengalaman pahit'
Pas didakwa mempunyai pendekatan politik yang menyukarkan pembentukan kerjasama jangka panjang apabila kepentingan parti sering mengatasi kepentingan gabungan. Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) KEADILAN, Ustaz Amidi Abdul Manan menegaskan, asas kepada sebarang penyatuan politik untuk memerintah ialah kebaikan dan ketakwaan seperti yang dituntut al-Quran. "Apa yang dimaksudkan sebagai kebaikan ini ialah benda-benda yang mendatangkan faedah, ketakwaan pula a

Akmal Manaf
Jun 102 min read


Pas 'ceraikan' Bersatu, tamat penyatuan ummah demi kuasa - Mahfuz
AMANAH menyifatkan keputusan Pas menamatkan kerjasama dengan Bersatu sebagai bukti ‘Penyatuan Ummah 1.0’ telah berkubur sekaligus mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan sebarang usaha menghidupkan semula naratif penyatuan yang didakwa hanya berubah mengikut musim pilihanraya. Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, tindakan Pas memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu membuktikan perjuangan yang sebelum ini digambarkan sebagai ‘penyatuan ummah’ s

Akmal Manaf
Jun 102 min read


Konflik Pas-Bersatu bukti gabungan berasaskan kuasa berakhir khianat
Ketegangan yang memuncak hingga Pas memutuskan kerjasama dengan Bersatu menjadi bukti bahawa pakatan politik yang dibina atas kepentingan kuasa akhirnya musnah dengan pengkhianatan sesama sendiri. Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil (gambar) berkata, sejarah politik negara menunjukkan pengkhianatan bukan perkara baharu dan tindakan Bersatu menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020 kini seolah-olah berulang apabila parti itu berdepan konflik dengan Pas. "Bersatu per

Helmi Mohd Foad
Jun 92 min read


Tamat kerjasama: 'Bersatu tersalah langkah, Pas tinggalkan kawan'
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menyifatkan mesyuarat Pas malam tadi mungkin menjadi petunjuk jelas bahawa Bersatu telah tersalah menilai kepentingan sebenar parti itu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN). Beliau berkata, tanda-tanda amaran sudah semakin jelas kelihatan apabila pemimpin Pas tidak lagi menyembunyikan rasa kecewa mereka terhadap Bersatu. Katanya, kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengenai kepercayaan yang telah

Akmal Manaf
Jun 92 min read
bottom of page
