top of page

Pas jangan pandai kritik, rakyat mahu lihat cadangan selesai masalah ekonomi

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 2 hours ago
  • 2 min read

Pembangkang perlu tampil dengan pelan ekonomi yang menyeluruh sekiranya yakin mampu mentadbir negara dengan lebih baik dan bukannya hanya mengkritik setiap dasar dilaksanakan kerajaan, kata Md Asyraf Zulfadhly Md Zainudin.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Terengganu itu berkata, apa yang lebih penting ialah setiap cadangan perlu disokong dengan pelan yang realistik dan mampu dilaksanakan.


Beliau mengambil contoh negeri Terengganu yang ditadbir kerajaan Pas yang mengkritik polisi Kerajaan MADANI sebaliknya di dalam negeri mereka menaikan cukai caj parkir dan sebagainya.

Md Asyraf Zulfadhly Md Zainudin
Md Asyraf Zulfadhly Md Zainudin

"Rakyat bukan sekadar mahu mendengar kritikan, tetapi mahu melihat penyelesaian yang mampu menjamin kestabilan ekonomi, menjaga kebajikan rakyat serta memastikan negara terus berkembang secara mampan.


"Melihat kepada situasi di Terengganu, kerajaan negeri kini menaikkan pelbagai caj contohnya parkir, cukai tanah dan lain-lain. Kesediaan mentadbir kerajaan sepatutnya diukur dengan kemampuan menjana pendapatan terutama peluang pekerjaan kepada anak muda, bukannya dengan mengenakan caj yang jelas membebankan rakyat.


"Saya berpandangan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat relevan dalam memperkukuh hubungan diplomatik di peringkat antarabangsa (dan mencari peluang pelaburan)," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa pembangkang hanya lantang mengkritik isu harga barang, kenaikan harga minyak dan pelbagai isu lain, termasuk persoalan sama ada pembayaran hutang 1MDB berjumlah RM51.4 bilion dapat diuruskan dengan baik oleh mereka jika mentadbir negara tanpa menjejaskan bantuan kepada rakyat atau melibatkan langkah seperti kenaikan cukai.


Berhubung kritikan pembangkang itu, Asyraf berkata adalah menjadi hak mereka untuk menegur kerajaan, namun kritikan semata-mata tidak mencukupi.


Katanya, rakyat juga berhak bertanya apakah yang akan dilakukan pembangkang Pas sekiranya mereka menjadi kerajaan.


"Jika ada pihak berpendapat mereka mampu mentadbir dengan lebih baik, maka mereka juga perlu menjelaskan secara terperinci


"Terutama bagaimana mereka akan menguruskan hutang negara, mengekalkan bantuan kepada rakyat, mengawal defisit dan pada masa sama mengelakkan kenaikan cukai atau pengurangan subsidi," katanya lagi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page