top of page

Konflik Pas-Bersatu bukti gabungan berasaskan kuasa berakhir khianat

  • Writer: Helmi Mohd Foad
    Helmi Mohd Foad
  • Jun 9
  • 2 min read

Ketegangan yang memuncak hingga Pas memutuskan kerjasama dengan Bersatu menjadi bukti bahawa pakatan politik yang dibina atas kepentingan kuasa akhirnya musnah dengan pengkhianatan sesama sendiri.


Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil (gambar) berkata, sejarah politik negara menunjukkan pengkhianatan bukan perkara baharu dan tindakan Bersatu menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020 kini seolah-olah berulang apabila parti itu berdepan konflik dengan Pas.


"Bersatu pernah mengkhianati PH sehingga jatuh kerajaan PH yang dipilih rakyat.


"Sekarang, Bersatu dikhianati pula oleh Pas. Tidak perlu PH membalas, sesama sendiri yang akan khianat mengkhianati," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut beliau, politik seharusnya menjadi wadah untuk melaksanakan perkara yang baik demi kepentingan rakyat dan bukannya alat untuk memenuhi kepentingan kuasa.


"Politik seharusnya menjadi alat untuk melakukan sesuatu yang baik. Dengan politik, kita mendapat kuasa dan dengan kuasa kita boleh laksanakan apa yang difikirkan baik untuk rakyat," katanya.


Bagaimanapun kata beliau, politik akan menjadi rosak apabila dicemari dengan niat yang tidak baik sehingga melahirkan pelbagai sifat negatif termasuk kezaliman, rasuah dan pengkhianatan.


"Apabila politik dinodai dengan niat dan tujuan tidak baik, maka politik menjadi toksik dan busuk.


"Toksik dan busuk ini akan mencipta pelbagai sifat buruk seperti zalim, sakau dan khianat. Politik itu suci, tetapi apabila politik dicemari dengan khianat, politik sebegini tidak lagi suci," katanya.


Faiz berkata, budaya pengkhianatan dalam politik Melayu bukanlah sesuatu yang baharu malah telah berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.


"Khianat dalam politik bukan DNA baharu politik Melayu, ia telah bermula ketika mana Si Kitol mengkhianati pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka sehingga jatuh ke tangan penjajah.


"Di zaman politik moden ini, lahir juga watak-watak pengkhianat yang mewarisi DNA Si Kitol," katanya.


Beliau turut mempersoalkan keikhlasan gagasan penyatuan Melayu yang sering diketengahkan oleh Pas dan Bersatu.


"Sebelum bersama Bersatu, Pas bersama UMNO konon atas nama Melayu. Pas meninggalkan UMNO untuk bersama Bersatu juga atas nama Melayu.


"Di sini, kita boleh faham bahawa tiada penyatuan Melayu yang ikhlas kerana yang disatukan itu kuasa. Maka, sekali lagi akan berlaku pengkhianatan oleh Pas."


Menurutnya, sekiranya benar penyatuan itu berasaskan kepentingan bangsa Melayu, semua parti Melayu sepatutnya terlibat dalam usaha tersebut.


"Tetapi ini tidak berlaku, dipilih-pilih parti Melayu mana mengikut selera semasa.


"Namun, adakah penyatuan Pas-UMNO ini akan kekal? Adakah penyatuan ini demi bangsa atau kuasa?" soalnya.


Faiz berkata dakwaan penyatuan Melayu itu sebenarnya hanyalah strategi politik untuk memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan.


Namun beliau mempersoalkan sejauh mana kerajaan yang dibina di antara parti-parti Melayu itu dapat mewujudkan kestabilan politik negara.


Beliau berkata PH sebaliknya telah membuktikan semangat setiakawan yang tinggi dalam kalangan parti komponennya serta menawarkan kestabilan politik kepada rakyat.


"PH ternyata mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. Berjuang bersama-sama sehingga menang. Menjadi kerajaan, tidak pernah mengkhianati.


"Jelas, jika rakyat mahukan kestabilan, hanya PH. Jika rakyat mahukan perpaduan, hanya PH.


"Dengan kestabilan, kemajuan negeri berkembang dan prestasi ekonomi melonjak seperti mana dibuktikan oleh Kerajaan MADANI, Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pulau Pinang," katanya.

72 Comments


Luiz Fernando
Aug 09

Pas kata Bersatu khianat, tapi sejarah PH tumbang pun sebab tindakan sama—jadi siapa sebenarnya master pengkhianat? Politik memang takde kawan kekal, cuma kepentingan. Btw, kalau nak tengok kronologi penuh perangai parti ni, aku selalu rujuk https://vaceit.com

Like

Castro Ricky
Aug 08

Pas kata Bersatu khianat, tapi sejarah pun sama macam PH jatuh 2020 — memang budaya kuasa buat orang lupa asal usul. Saya pun tengah fikir mana satu pihak lagi jujur, kalau nak banding rekod lama boleh baca sini. https://cults3d.pro

Like

Will Smith
Aug 08

Ganga Club download was quick and easy. The game offers great entertainment with interesting features and levels. I’ve been playing daily and it keeps getting more engaging every time.


Like

Will Smith
Aug 08

Jai Club download was quick and easy. The game offers great entertainment with interesting features and levels. I’ve been playing daily and it keeps getting more engaging every time.


Like

Will Smith
Aug 08

Trump threatens 55 club download new tariffs on European allies over Greenland until deal reached, as thousands protest


Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page