top of page

Berita


Program Dokumentasi Pelarian tetap tarikh pemisah, sekat kemasukan baharu
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berbahas di Dewan Rakyat Penetapan tarikh pemisah bermula Januari 2023 bagi Program Dokumentasi Pelarian (DPP) akan menghalang mekanisme pendaftaran itu menjadi faktor tarikan kepada kemasukan baharu pelarian ke Malaysia, demikian kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata kerajaan menetapkan individu yang memasuki negara ini selepas tarikh berkenaan tidak akan diberi peluang untuk dipertimbangkan di ba

Helmi Mohd Foad
2 hours ago3 min read


PM Anwar - Presiden Minh Aung: Fokus isu warga Myanmar di Malaysia
Isu pelarian Myanmar antara fokus utama pertemuan DS Anwar dan Min Aung Hlaing di Putrajaya Usaha menyelesaikan isu warga Myanmar yang berada di Malaysia secara tidak sah termasuk penghantaran pulang secara sukarela, selamat dan bermaruah menjadi antara tumpuan utama pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing di Putrajaya hari ini. Perkara itu dibincangkan dalam pertemuan empat mata antara kedua-dua pemimpin yang berlangsung ki

Helmi Mohd Foad
5 days ago2 min read


Penghantaran pulang warga Myanmar berperingkat, tanpa paksaan – PM
Penghantaran pulang pelarian Myanmar bermula 1 Okt lalu dilakukan mengikut undang undang. Foto: KDN Kerajaan Malaysia akan melaksanakan proses penghantaran pulang rakyat Myanmar secara tertib, berperingkat dan berlandaskan undang-undang, dengan mengambil kira nilai kemanusiaan serta kepentingan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses berkenaan dilaksanakan menerusi rundingan dengan kerajaan Myanmar bagi memastikan urusan penghantaran pulang berjalan

Noraini Nordin
7 days ago1 min read


Selangor sedia kerjasama dengan KDN, UNHCR tangani isu pelarian
Kerajaan Selangor akan memperkemas pengurusan pelarian dan pemohon suaka di negeri itu menerusi pendataan, pemantauan serta kerjasama lebih rapat dengan Kerajaan Persekutuan dan agensi berkaitan. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, langkah itu bagi menyokong usaha penghantaran pulang warga Myanmar yang sedang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan. "Isu ini sebenarnya sangat dekat dengan realiti di Selangor. Sejak beberapa minggu ke

Azuan Ab Rahman
7 days ago1 min read


Pelarian: Era PM Najib masuk, buat masalah, Kerajaan MADANI hantar pulang
Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Myanmar menghantar pulang pelarian secara berperingkat mulai 1 Okt menggunakan kapal tentera laut Myanmar. Foto ihsan Kementerian Dalam Negeri Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak wajar dipersalahkan berhubung isu pelarian Myanmar dan Rohingya di negara ini. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi berkata, kemasukan pelarian berkenaan ke Malaysia sebelum ini ber

Akmal Manaf
Oct 62 min read


PBB, UNHCR wajib kongsi tanggungjawab tangani pelarian Rohingya
Malaysia mula menghantar pulang pelarian Myanmar termasuk Rohingya secara berperingkat mulai Oktober ini melalui jalan laut dengan kerjasama pihak berkuasa negara berkenaan. Foto: Kementerian Dalan Negeri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Agensi Pelarian PBB (UNHCR) digesa memainkan peranan lebih besar dalam menangani krisis Rohingya, termasuk menyediakan pembiayaan, perlindungan dan penempatan semula bagi mengelakkan beban terus ditanggung Malaysia. Mantan Ahli Dewa

Redzuan Shamsudin
Oct 42 min read


Lebih 3,500 tahanan Myanmar dihantar pulang pada fasa kedua
Jumlah berkenaan dipersetujui kedua-dua kerajaan susulan kejayaan pelaksanaan fasa pertama membabitkan 1,476 warga Myanmar

Helmi Mohd Foad
Sep 302 min read


Sokong rundingan diplomatik M'sia-Myanmar hantar pulang pelarian - Khuzaire
Pihak berkuasa Malaysia mula menghantar pulang pelarian Myanmar secara berperingkat mulai semalam KEADILAN Cabang Alor Gajah, Melaka menyokong usaha diplomatik Kerajaan Malaysia bersama Myanmar dalam menangani isu warga Myanmar di negara ini, termasuk pelaksanaan fasa pertama penghantaran pulang 1,476 individu ke negara asal. Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Melaka, Mohd Khuzaire Mohd Kamal berkata, perkembangan itu menunjukkan isu kompleks yang telah berlar

Suara Keadilan
Sep 302 min read


Warga Myanmar mula dihantar pulang, kerajaan atasi masalah keselamatan
Warga Myanmar dikawal rapi di pengkalan Tentera Laut Lumut sebelum dihantar pulang ke negara asal menggunakan kapal tentera laut Myanmar. Foto: Kementerian Dalam Negeri Kerajaan memuktamadkan penghantaran pulang 5,000 warga Myanmar dari Depot Tahanan Imigresen secara sukarela dan berperingkat, sebagai sebahagian usaha menangani isu legasi pelarian asing di Malaysia. Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, sehingga 15 Ogos 2026, seramai 10,388 warga Myanmar yang ditahan di Dep

Suara Keadilan
Sep 292 min read


Fasa pertama penghantaran pulang 1,476 pelarian Myanmar hari ini - KDN
Proses penghantaran pulang secara sukarela fasa pertama membabitkan 1,476 warga Myanmar bermula hari ini sebagai sebahagian daripada program pemulangan berperingkat 5,000 individu ke negara asal yang dimuktamadkan Kerajaan MADANI melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN). KDN dalam kenyataan memaklumkan 1,476 warga Myanmar itu dikenal pasti oleh Kerajaan Myanmar melalui Nota Diplomatik bertarikh 13 Ogos lalu. "Pelaksanaan pada 29 September dipersetujui menerusi mesyuarat penyela

Helmi Mohd Foad
Sep 293 min read


Rohingya, PATI: Kerajaan perlu proaktif bongkar sindiket bawa masuk
Kerajaan digesa proaktif membongkar rangkaian sindiket, majikan serta pihak yang mengaut keuntungan daripada kemasukan pelarian Rohingya dan pendatang asing tanpa izin (PATI). Pengarah Strategi KEADILAN Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri berkata, pendekatan terhadap isu pelarian dan migrasi perlu melihat keseluruhan rantaian kegiatan berkenaan termasuk pihak yang menjadi dalang dan mengambil keuntungan. Menerusi kenyataan pada Jumaat beliau menegaskan, penguatkuasaan yang hanya m

Azuan Ab Rahman
Sep 191 min read


Rohingya: Langkah pragmatik Anwar demi kedaulatan negara - AMK
Pendekatan pragmatik Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani krisis pelarian Rohingya perlu dilihat sebagai usaha mencari penyelesaian tuntas demi menjaga kedaulatan, keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia, demikian kata Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat. Naib Ketua AMK Malaysia Dr Mohammed Taufiq Johari (gambar) berkata, dakwaan bahawa pendekatan kerajaan terhadap isu berkenaan memalukan, tidak berakhlak dan mencemar imej negara gagal mengambil kira realiti keselamata

Helmi Mohd Foad
Sep 183 min read


Penghantaran pulang pelarian Rohingya kurangkan keresahan rakyat
Penghantaran pulang secara sukarela 5,000 pelarian rakyat Myanmar termasuk etnik Rohingya berpotensi mengurangkan sebahagian keresahan rakyat berkaitan isu kehadiran warga asing. Penganalisis sosiopolitik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, langkah tersebut juga bakal mengurangkan tekanan dari sudut kemudahan awam, peluang pekerjaan dan aspek keselamatan. "Inisiatif penghantaran pulang secara sukarela warga Myanmar yang layak merupakan satu la

Suara Keadilan
Aug 311 min read


5,000 pelarian Rohingya dihantar pulang, kejayaan rundingan dengan Myanmar
Kebijaksanaan Kerajaan MADANI dalam menjalankan rundingan dengan Myanmar membolehkan kira-kira 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia dihantar pulang secara berterusan mulai 29 September 2026. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali , berkata usaha berkenaan turut melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Mohd Hisyamuddin Ghazali "Kebijaksanaan Kerajaan MADANI dan Pen

Suara Keadilan
Aug 291 min read


KDN muktamad hantar pulang 5,000 pelarian Myanmar
Kerajaan memuktamadkan penghantaran pulang secara sukarela 5,000 pelarian Myanmar ke negara asal secara berperingkat dengan fasa pertama membabitkan 1,476 individu pada 29 September ini. Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, program itu akan dilaksanakan secara selamat, bertanggungjawab dan mengikut prosedur yang dipersetujui bersama kerajaan Myanmar. "Fasa pertama Program Penghantaran Pulang Secara Sukarela akan dilaksanakan pada 29 September 2026 melibatkan seramai 1,476

Helmi Mohd Foad
Aug 282 min read


Isu Rohingya: Boleh berperikemanusiaan tanpa gadaikan keselamatan – AMK Kedah
Malaysia perlu terus mengamalkan pendekatan berperikemanusiaan terhadap pelarian Rohingya, namun pada masa sama memastikan aspek kedaulatan, keselamatan dan kepentingan rakyat tidak diketepikan, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Mohammad Fitri Ismail. Beliau berkata laporan The Economist kelmarin mengenai keadaan pelarian Rohingya di Malaysia yang agak negatif perlu dilihat secara menyeluruh dengan mengambil kira realiti serta kebimbangan yang berlaku di lapangan

Suara Keadilan
Aug 242 min read


Selangor kumpul data pelarian di setiap daerah - MB
Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah proaktif dengan melaksana pengumpulan data pelarian termasuk etnik Rohingya di setiap daerah di negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, proses berkenaan dilaksanakan menerusi Jawatankuasa Keselamatan Daerah dengan Hulu Langat antara daerah yang telah melengkapkan pengumpulan maklumat. Semua data yang dikumpul akan diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan lanjut. "Daerah-daerah la

Suara Keadilan
Aug 181 min read


Pelarian Myanmar: Malaysia tidak hantar pulang jika nyawa terancam
Malaysia tidak akan menghantar pulang mana-mana pelarian Myanmar sekiranya keselamatan dan nyawa mereka berisiko, demikian kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Seri Fahmi Fadzil. Beliau berkata perkara itu sedang diteliti Wisma Putra bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) susulan cadangan penghantaran pulang kira-kira 5,000 pelarian Myanmar yang dikatakan bersedia diterima semula oleh kerajaan negara itu. "Perkara ini sedang diteliti oleh Wisma Putra dan juga Kementerian Dala

Suara Keadilan
Aug 52 min read


Kanak kanak pelarian dilayan baik, ditempatkan di Baitul Mahabbah - KDN
Kerajaan menolak dakwaan bahawa Malaysia melayan kanak-kanak migran dan pelarian termasuk Rohingya secara tidak berperikemanusiaan dengan menegaskan bahawa enam pusat Baitul Mahabbah yang beroperasi di seluruh negara kini menempatkan 188 kanak-kanak, merupakan langkah interim bagi menyediakan perlindungan yang lebih sesuai berbanding depot tahanan imigresen. Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi satu kenyataan berkata, dakwaan bahawa kanak-kanak dikurung tanpa pembelaan ata

Akmal Manaf
Jun 162 min read


KDN pelawa pakar, masyarakat sivil kemuka pendekatan urus pelarian
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengalu-alukan penglibatan pelbagai pihak termasuk ahli akademik, aktivis masyarakat sivil dan pakar keselamatan untuk mengemukakan cadangan berhubung pengurusan pelarian di Malaysia. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, isu pelarian telahpun berlarutan sejak beberapa dekad lamanya, namun Kerajaan MADANI akan berusaha untuk menagatasinya dengan sebaik mungkin. "Isu ini bukan isu baharu. Ia merupakan isu legasi yang

Redzuan Shamsudin
Jun 152 min read
bottom of page
