Pelarian: Era PM Najib masuk, buat masalah, Kerajaan MADANI hantar pulang


Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak wajar dipersalahkan berhubung isu pelarian Myanmar dan Rohingya di negara ini.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi berkata, kemasukan pelarian berkenaan ke Malaysia sebelum ini berlaku atas pertimbangan kemanusiaan termasuk ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, beliau tidak menganggap tindakan oleh BN yang berasaskan faktor kemanusiaan itu sebagai sesuatu yang salah, sebaliknya mempersoalkan tindakan warga maya dan laskar siber pembangkang yang menyalahkan Kerajaan MADANI apabila timbul pelbagai isu jenayah dan sosial terkait pelarian tersebut.
"Pada zaman sekarang, bila kemasukan etnik Rohingya terlalu ramai, kemudian timbul masalah sosial dan sebagainya, mereka mula menyalahkan dan beri bola tanggung ‘smash’ Kerajaan MADANI.
"Itu agak tidak adil, tetapi apabila dipersalahkan, kita juga (Kerajaan MADANI) yang menyelesaikannya dengan menghantar kira-kira 1,500 orang Rohingya pulang ke Myanmar. Itu membuktikan Kerajaan MADANI bekerja," katanya kepada Suara Keadilan mengulas isu berkenaan.

Dalam pada itu, Iman turut menzahirkan rasa hairan terdapat penyokong BN yang merupakan komponen Kerajaan Perpaduan, turut mengkritik kerajaan berhubung isu tersebut.
"Kalau Perikatan Nasional (PN) kritik kerajaan, itu kita faham sebab mereka pembangkang, BN yang kritik kerajaan adalah benda yang paling kurang cerdik sebab BN dalam kerajaan juga.
"Bila BN kritik kerajaan, seolah-olah BN kritik diri sendiri. Bila benda baik, oh cakap terima kasih Kerjaan Perpaduan. Bila benda tak baik, cakap (petik) Kerajaan MADANI pula.
"Bila (ada) inisiatif (baik) dilaksanakan PMX, oh ini bukan (daripada) Kerajaan MADANI, ini (dilakukan) Kerajaan Perpaduan," katanya sinis.




Comments