top of page

Berita


Pelarian tetap dihantar pulang, rundingan dengan Myanmar diteruskan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam Perhimpunan Bulanan KDN, hari ini Kerajaan Malaysia akan meneruskan usaha menghantar pulang pelarian ke negara asal, termasuk melalui rundingan dengan Myanmar bagi membawa keluar kumpulan seterusnya, selagi tiada keputusan mahkamah yang mengarahkan sebaliknya. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pendirian itu kekal meskipun Majlis Peguam Malaysia memohon penangguhan penghantaran p

Suara Keadilan
Oct 292 min read


Diplomasi: Malaysia negara pertama yakinkan Myanmar terima semula pelarian
Malaysia berjaya menghantar pulang ribuan pelarian Myanmar sejak 1 Oktober lalu Malaysia adalah negara pertama yang berjaya meyakinkan Myanmar untuk menerima kembali pelariannya, sekali gus mencerminkan kejayaan diplomatik negara yang hebat. Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kejayaan diplomatik berkenaan sebagai satu pencapaian yang luar biasa. "Seperti yang Perdana Menteri maklumkan, Malaysia mer

Suara Keadilan
Oct 151 min read


Diplomasi MADANI tingkatkan hubungan Malaysia-Myanmar
Isu pelarian yang membelenggu dan ekonomi perlu diselesaikan melalui perundingan dan persefahaman Meskipun menerima kritikan menjemput pemimpin junta tentera Myanmar melakukan lawatan rasmi ke Malaysia namun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih prinsip Diplomasi MADANI bagi menyelesaiakn isu pelarian Myanmar dan mengelakkan negara itu diasingkan terus daripada arus perdana politik ASEAN. Sehubungan itu, hari ini Datuk Seri Anwar bersama Presiden Myanmar, Min Aung

Noraini Nordin
Oct 81 min read


PM Anwar - Presiden Minh Aung: Fokus isu warga Myanmar di Malaysia
Isu pelarian Myanmar antara fokus utama pertemuan DS Anwar dan Min Aung Hlaing di Putrajaya Usaha menyelesaikan isu warga Myanmar yang berada di Malaysia secara tidak sah termasuk penghantaran pulang secara sukarela, selamat dan bermaruah menjadi antara tumpuan utama pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing di Putrajaya hari ini. Perkara itu dibincangkan dalam pertemuan empat mata antara kedua-dua pemimpin yang berlangsung ki

Helmi Mohd Foad
Oct 82 min read


Karpet merah: Dialog Malaysia-Myanmar tidak putihkan kekejaman junta
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Muhammad Kamil Munim Ruang dialog dengan kepimpinan Myanmar tidak sepatutnya dianggap sebagai pengiktirafan terhadap tindakan junta negara itu. Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Munim berkata, perundingan dan sesi dialog merupakan sebahagian pendekatan diplomasi yang digunakan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap konflik. "Kritikan terhadap sebarang hubungan dengan kepimpinan Myanmar memang wajar didengar. "Kekej

Azuan Ab Rahman
Oct 82 min read


PM, Presiden Myanmar bincang pemulangan warga secara sukarela, selamat
Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing tiba di Malaysia pagi tadi untuk lawatan rasmi. Kredit foto, Bernama Usaha pemulangan warga Myanmar daripada semua kumpulan etnik yang berada di Malaysia secara tidak sah akan menjadi antara perkara utama yang dibincangkan Perdana Menteri, Datok Seri Anwar Ibrahim, dalam pertemuan dengan Presiden Myanmar, TYT Min Aung Hlaing, sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia bermula hari ini hingga 8 Oktober 2026. Menurut Kementerian Luar Negeri, pr

Noraini Nordin
Oct 71 min read


Penghantaran pulang warga Myanmar berperingkat, tanpa paksaan – PM
Penghantaran pulang pelarian Myanmar bermula 1 Okt lalu dilakukan mengikut undang undang. Foto: KDN Kerajaan Malaysia akan melaksanakan proses penghantaran pulang rakyat Myanmar secara tertib, berperingkat dan berlandaskan undang-undang, dengan mengambil kira nilai kemanusiaan serta kepentingan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses berkenaan dilaksanakan menerusi rundingan dengan kerajaan Myanmar bagi memastikan urusan penghantaran pulang berjalan

Noraini Nordin
Oct 71 min read


Selangor sedia kerjasama dengan KDN, UNHCR tangani isu pelarian
Kerajaan Selangor akan memperkemas pengurusan pelarian dan pemohon suaka di negeri itu menerusi pendataan, pemantauan serta kerjasama lebih rapat dengan Kerajaan Persekutuan dan agensi berkaitan. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, langkah itu bagi menyokong usaha penghantaran pulang warga Myanmar yang sedang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan. "Isu ini sebenarnya sangat dekat dengan realiti di Selangor. Sejak beberapa minggu ke

Azuan Ab Rahman
Oct 71 min read


Pelarian: Era PM Najib masuk, buat masalah, Kerajaan MADANI hantar pulang
Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Myanmar menghantar pulang pelarian secara berperingkat mulai 1 Okt menggunakan kapal tentera laut Myanmar. Foto ihsan Kementerian Dalam Negeri Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak wajar dipersalahkan berhubung isu pelarian Myanmar dan Rohingya di negara ini. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi berkata, kemasukan pelarian berkenaan ke Malaysia sebelum ini ber

Akmal Manaf
Oct 62 min read


PBB, UNHCR wajib kongsi tanggungjawab tangani pelarian Rohingya
Malaysia mula menghantar pulang pelarian Myanmar termasuk Rohingya secara berperingkat mulai Oktober ini melalui jalan laut dengan kerjasama pihak berkuasa negara berkenaan. Foto: Kementerian Dalan Negeri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Agensi Pelarian PBB (UNHCR) digesa memainkan peranan lebih besar dalam menangani krisis Rohingya, termasuk menyediakan pembiayaan, perlindungan dan penempatan semula bagi mengelakkan beban terus ditanggung Malaysia. Mantan Ahli Dewa

Redzuan Shamsudin
Oct 42 min read


Lebih 3,500 tahanan Myanmar dihantar pulang pada fasa kedua
Jumlah berkenaan dipersetujui kedua-dua kerajaan susulan kejayaan pelaksanaan fasa pertama membabitkan 1,476 warga Myanmar

Helmi Mohd Foad
Sep 302 min read


Sokong rundingan diplomatik M'sia-Myanmar hantar pulang pelarian - Khuzaire
Pihak berkuasa Malaysia mula menghantar pulang pelarian Myanmar secara berperingkat mulai semalam KEADILAN Cabang Alor Gajah, Melaka menyokong usaha diplomatik Kerajaan Malaysia bersama Myanmar dalam menangani isu warga Myanmar di negara ini, termasuk pelaksanaan fasa pertama penghantaran pulang 1,476 individu ke negara asal. Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Melaka, Mohd Khuzaire Mohd Kamal berkata, perkembangan itu menunjukkan isu kompleks yang telah berlar

Suara Keadilan
Sep 302 min read


Warga Myanmar mula dihantar pulang, kerajaan atasi masalah keselamatan
Warga Myanmar dikawal rapi di pengkalan Tentera Laut Lumut sebelum dihantar pulang ke negara asal menggunakan kapal tentera laut Myanmar. Foto: Kementerian Dalam Negeri Kerajaan memuktamadkan penghantaran pulang 5,000 warga Myanmar dari Depot Tahanan Imigresen secara sukarela dan berperingkat, sebagai sebahagian usaha menangani isu legasi pelarian asing di Malaysia. Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, sehingga 15 Ogos 2026, seramai 10,388 warga Myanmar yang ditahan di Dep

Suara Keadilan
Sep 292 min read


Fasa pertama penghantaran pulang 1,476 pelarian Myanmar hari ini - KDN
Proses penghantaran pulang secara sukarela fasa pertama membabitkan 1,476 warga Myanmar bermula hari ini sebagai sebahagian daripada program pemulangan berperingkat 5,000 individu ke negara asal yang dimuktamadkan Kerajaan MADANI melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN). KDN dalam kenyataan memaklumkan 1,476 warga Myanmar itu dikenal pasti oleh Kerajaan Myanmar melalui Nota Diplomatik bertarikh 13 Ogos lalu. "Pelaksanaan pada 29 September dipersetujui menerusi mesyuarat penyela

Helmi Mohd Foad
Sep 293 min read


Rohingya: Langkah pragmatik Anwar demi kedaulatan negara - AMK
Pendekatan pragmatik Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani krisis pelarian Rohingya perlu dilihat sebagai usaha mencari penyelesaian tuntas demi menjaga kedaulatan, keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia, demikian kata Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat. Naib Ketua AMK Malaysia Dr Mohammed Taufiq Johari (gambar) berkata, dakwaan bahawa pendekatan kerajaan terhadap isu berkenaan memalukan, tidak berakhlak dan mencemar imej negara gagal mengambil kira realiti keselamata

Helmi Mohd Foad
Sep 183 min read
bottom of page
