top of page

Diplomasi: Malaysia negara pertama yakinkan Myanmar terima semula pelarian

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
20 hours ago
1 min read
Malaysia berjaya menghantar pulang ribuan pelarian Myanmar sejak 1 Oktober lalu
Malaysia berjaya menghantar pulang ribuan pelarian Myanmar sejak 1 Oktober lalu

Malaysia adalah negara pertama yang berjaya meyakinkan Myanmar untuk menerima kembali pelariannya, sekali gus mencerminkan kejayaan diplomatik negara yang hebat.


Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kejayaan diplomatik berkenaan sebagai satu pencapaian yang luar biasa.

"Seperti yang Perdana Menteri maklumkan, Malaysia merupakan negara pertama di dunia berjaya meyakinkan sebuah negara seperti Myanmar untuk menerima kembali pelariannya.


"Semua dipulangkan pada kos ditanggung oleh pihak Myanmar itu sendiri. Jadi ini satu pencapaian diplomatik yang cukup membanggakan," katanya dipetik laporan media.


Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata begitu pada ucapan perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bagi Oktober 2026 di Putrajaya semalam.


Mengulas lawatan rasmi Presiden Myanmar Min Aung Hlaing pada 7 dan 8 Oktober lalu beliau berkata, ia membuka ruang perbincangan bagi memastikan lebih ramai pelarian negara itu dapat dihantar pulang.


Selain lawatan tersebut, kehadiran Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi dan Raja Jordan Raja Abdullah II ke Malaysia dan pelaksanaan Global Sumud bagi membantu rakyat Palestin turut dianggap pencapaian diplomatik antarabangsa cemerlang oleh Malaysia.


Sebagai rekod, Malaysia baru-baru ini melaksanakan program penghantaran pulang fasa pertama melibatkan 1,476 tahanan warga Myanmar dengan menggunakan tiga kapal termasuk sebuah kapal hospital milik Tentera Laut Myanmar.


Menurut Fahmi proses penghantaran pulang lebih 3,000 lagi pelarian Myanmar pelbagai etnik juga akan dilaksana dalam masa terdekat.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page