top of page

Penghantaran pulang warga Myanmar berperingkat, tanpa paksaan – PM

Writer: Noraini Nordin
Noraini Nordin
1 day ago
1 min read
Penghantaran pulang pelarian Myanmar bermula 1 Okt lalu dilakukan mengikut undang undang. Foto: KDN
Penghantaran pulang pelarian Myanmar bermula 1 Okt lalu dilakukan mengikut undang undang. Foto: KDN

Kerajaan Malaysia akan melaksanakan proses penghantaran pulang rakyat Myanmar secara tertib, berperingkat dan berlandaskan undang-undang, dengan mengambil kira nilai kemanusiaan serta kepentingan negara.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses berkenaan dilaksanakan menerusi rundingan dengan kerajaan Myanmar bagi memastikan urusan penghantaran pulang berjalan secara teratur dan tanpa paksaan.


Menurut beliau, pelaksanaan yang tersusun penting bagi memastikan setiap proses disempurnakan dengan tegas serta mematuhi peruntukan undang-undang dan prinsip kemanusiaan.


Usaha itu turut diharap dapat menjaga kepentingan Malaysia, di samping mengekalkan hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dengan Myanmar.


Kerajaan akan terus memberi perhatian kepada pelaksanaan proses berkenaan supaya ia dapat disempurnakan secara bertanggungjawab, teratur dan mengambil kira aspek kemanusiaan.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page