top of page

Berita


Penghantaran pulang warga Myanmar berperingkat, tanpa paksaan – PM
Penghantaran pulang pelarian Myanmar bermula 1 Okt lalu dilakukan mengikut undang undang. Foto: KDN Kerajaan Malaysia akan melaksanakan proses penghantaran pulang rakyat Myanmar secara tertib, berperingkat dan berlandaskan undang-undang, dengan mengambil kira nilai kemanusiaan serta kepentingan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses berkenaan dilaksanakan menerusi rundingan dengan kerajaan Myanmar bagi memastikan urusan penghantaran pulang berjalan

Noraini Nordin
Oct 71 min read


Selangor sedia kerjasama dengan KDN, UNHCR tangani isu pelarian
Kerajaan Selangor akan memperkemas pengurusan pelarian dan pemohon suaka di negeri itu menerusi pendataan, pemantauan serta kerjasama lebih rapat dengan Kerajaan Persekutuan dan agensi berkaitan. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, langkah itu bagi menyokong usaha penghantaran pulang warga Myanmar yang sedang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan. "Isu ini sebenarnya sangat dekat dengan realiti di Selangor. Sejak beberapa minggu ke

Azuan Ab Rahman
Oct 71 min read


Siasat kemungkinan akaun palsu cetus kebencian terhadap Rohingya - MAPIM
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kemungkinan penggunaan akaun palsu dan rangkaian media sosial terancang bagi menyebarkan kebencian terhadap komuniti Rohingya di negara ini. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya memandang serius peningkatan kandungan media sosial yang didakwa mengandungi maklumat palsu, video dimanipulasi, statistik re

Suara Keadilan
Oct 43 min read


PBB, UNHCR wajib kongsi tanggungjawab tangani pelarian Rohingya
Malaysia mula menghantar pulang pelarian Myanmar termasuk Rohingya secara berperingkat mulai Oktober ini melalui jalan laut dengan kerjasama pihak berkuasa negara berkenaan. Foto: Kementerian Dalan Negeri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Agensi Pelarian PBB (UNHCR) digesa memainkan peranan lebih besar dalam menangani krisis Rohingya, termasuk menyediakan pembiayaan, perlindungan dan penempatan semula bagi mengelakkan beban terus ditanggung Malaysia. Mantan Ahli Dewa

Redzuan Shamsudin
Oct 42 min read


Lebih 3,500 tahanan Myanmar dihantar pulang pada fasa kedua
Jumlah berkenaan dipersetujui kedua-dua kerajaan susulan kejayaan pelaksanaan fasa pertama membabitkan 1,476 warga Myanmar

Helmi Mohd Foad
Sep 302 min read


Sokong rundingan diplomatik M'sia-Myanmar hantar pulang pelarian - Khuzaire
Pihak berkuasa Malaysia mula menghantar pulang pelarian Myanmar secara berperingkat mulai semalam KEADILAN Cabang Alor Gajah, Melaka menyokong usaha diplomatik Kerajaan Malaysia bersama Myanmar dalam menangani isu warga Myanmar di negara ini, termasuk pelaksanaan fasa pertama penghantaran pulang 1,476 individu ke negara asal. Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Melaka, Mohd Khuzaire Mohd Kamal berkata, perkembangan itu menunjukkan isu kompleks yang telah berlar

Suara Keadilan
Sep 302 min read


Fasa pertama penghantaran pulang 1,476 pelarian Myanmar hari ini - KDN
Proses penghantaran pulang secara sukarela fasa pertama membabitkan 1,476 warga Myanmar bermula hari ini sebagai sebahagian daripada program pemulangan berperingkat 5,000 individu ke negara asal yang dimuktamadkan Kerajaan MADANI melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN). KDN dalam kenyataan memaklumkan 1,476 warga Myanmar itu dikenal pasti oleh Kerajaan Myanmar melalui Nota Diplomatik bertarikh 13 Ogos lalu. "Pelaksanaan pada 29 September dipersetujui menerusi mesyuarat penyela

Helmi Mohd Foad
Sep 293 min read


Dr Zaliha nafi jemput individu ke majlis penempatan Rohingya
Foto Dr Zaliha ketika menyampaikan ucapan pada program ASEAN Sustainable Urbanisation Forum (ASUF), ASEAN Governors and Mayors Forum (AGMF) dan MGMAC 2025 Ahli Parlimen Sekijang, Dr Zaliha Mustafa menafikan dakwaan bahawa beliau pernah menjemput seorang individu yang gambarnya bersama beliau tular di media sosial ke majlis perasmian atau pecah tanah bagi penempatan baharu etnik Rohingya. Beliau menyifatkan dakwaan di media sosial berkenaan sebagai tidak benar dan berniat jah

Suara Keadilan
Sep 272 min read


Rohingya, PATI: Kerajaan perlu proaktif bongkar sindiket bawa masuk
Kerajaan digesa proaktif membongkar rangkaian sindiket, majikan serta pihak yang mengaut keuntungan daripada kemasukan pelarian Rohingya dan pendatang asing tanpa izin (PATI). Pengarah Strategi KEADILAN Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri berkata, pendekatan terhadap isu pelarian dan migrasi perlu melihat keseluruhan rantaian kegiatan berkenaan termasuk pihak yang menjadi dalang dan mengambil keuntungan. Menerusi kenyataan pada Jumaat beliau menegaskan, penguatkuasaan yang hanya m

Azuan Ab Rahman
Sep 191 min read
bottom of page
