top of page

PM, Presiden Myanmar bincang pemulangan warga secara sukarela, selamat

Writer: Noraini Nordin
Noraini Nordin
4 hours ago
1 min read
Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing tiba di Malaysia pagi tadi untuk lawatan rasmi
Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing tiba di Malaysia pagi tadi untuk lawatan rasmi

Usaha pemulangan warga Myanmar daripada semua kumpulan etnik yang berada di Malaysia secara tidak sah akan menjadi antara perkara utama yang dibincangkan Perdana Menteri, Datok Seri Anwar Ibrahim, dalam pertemuan dengan Presiden Myanmar, TYT Min Aung Hlaing, sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia bermula hari ini hingga 8 Oktober 2026.


Menurut Kementerian Luar Negeri, proses pemulangan berkenaan akan dilaksanakan secara sukarela, bermaruah dan selamat, dengan kedua-dua pemimpin turut dijangka membincangkan usaha yang sedang dilaksanakan melalui mekanisme ASEAN.


Lawatan itu memberi peluang kepada Malaysia meneruskan penglibatan secara langsung dengan Myanmar, selaras dengan keputusan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 pada Mei 2026 untuk meneruskan penglibatan yang konstruktif dan berprinsip dengan Myanmar berlandaskan Pemuafakatan Lima Perkara ASEAN (5PC).


Semasa Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada 2025, Anwar telah mengadakan dua pertemuan dengan Min Aung Hlaing, yang ketika itu bergelar Jeneral Kanan, sebagai sebahagian daripada penglibatan Malaysia dengan Myanmar.


Malaysia turut menegaskan bahawa Myanmar merupakan sebahagian penting daripada ASEAN. Malaysia akan terus menyokong usaha ASEAN ke arah keamanan dan perdamaian, selain memastikan akses kepada bantuan kemanusiaan di Myanmar.


Malaysia juga akan terus bekerjasama rapat dengan semua negara anggota ASEAN bagi menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran rantau ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page