top of page

5,000 pelarian Rohingya dihantar pulang, kejayaan rundingan dengan Myanmar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kebijaksanaan Kerajaan MADANI dalam menjalankan rundingan dengan Myanmar membolehkan kira-kira 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia dihantar pulang secara berterusan mulai 29 September 2026.


Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali , berkata usaha berkenaan turut melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Mohd Hisyamuddin Ghazali
Mohd Hisyamuddin Ghazali

"Kebijaksanaan Kerajaan MADANI dan Pengerusi ASEAN PMX Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berunding dengan Myanmar membolehkan 5,000 orang pelarian Rohingya di Malaysia dihantar pula bermula 29 Sept secara berterusan," katanya dalam muat naik di media sosial.


Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan Khamis lalu memaklumkan bagi tahun 2026, seramai 5,000 individu akan menjalani proses penghantaran pulang secara berperingkat sebagaimana yang dipersetujui oleh Kerajaan Republik Kesatuan Myanmar.


Menurut KDN, bagi kumpulan pelarian yang lain iaitu seramai 4,008 orang terutamanya membabitkan etnik Rohingya, mereka akan didaftarkan ke bawah Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP). Manakala proses penghantaran pulang fasa pertama akan menggunakan dua buah kapal perang dan sebuah kapal hospital milik Tentera Laut Myanmar.


KDN menjelaskan, sehingga 15 Ogos 2026, terdapat seramai 10,388 warga Myanmar yang berada di Depot Tahanan Imigresen di seluruh negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page