top of page

Selangor kumpul data pelarian di setiap daerah - MB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah proaktif dengan melaksana pengumpulan data pelarian termasuk etnik Rohingya di setiap daerah di negeri itu.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, proses berkenaan dilaksanakan menerusi Jawatankuasa Keselamatan Daerah dengan Hulu Langat antara daerah yang telah melengkapkan pengumpulan maklumat.


Semua data yang dikumpul akan diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan lanjut.

"Daerah-daerah lain akan dikumpulkan untuk kita kemukakan kepada pihak Menteri Dalam Negeri dan juga untuk diambil tindakan bersama UNHCR (Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian)," katanya dipetik selepas penyempurnaan Projek Fiberisasi Cyberjaya di Shah Alam pada Isnin.


KDN dilapor sedang dalam proses mengenal pasti, mendokumentasi dan membuat tapisan terhadap pelarian Rohingya sebagai persediaan bagi penghantaran pulang 5,000 warga Myanmar ituke negara asal mereka.


Fasa pertama program itu memberi tumpuan kepada tahanan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di seluruh Semenanjung Malaysia dengan seramai 4,010 individu telah didaftarkan.


Fasa kedua DPP pula melibatkan pendaftaran pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) serta individu di luar DTI yang mengaku sebagai pelarian dan dirancang bermula pada separuh kedua tahun ini.


Mengulas lanjut mengenai isu pelarian di negara ini Amirudin berkata, perkara berkenaan perlu ditangani secara seimbang dengan mengambil kira faktor kemanusiaan bagi mengelakkan timbul masalah sosial lain.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page