top of page

Berita


Rakyat tidak lupa kerjasama Pas - BN penghujungnya ketidakstabilan politik
Pengundi di Negeri Sembilan diseru supaya menilai rekod pentadbiran, prinsip dan asas kerjasama antara Pas dan Barisan Nasional (BN) dan bukan sekadar melihat gabungan politik baharu yang dibentuk ketika ini. Pengarah Jabatan Pilihan Raya KEADILAN Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan (gambar) berkata, rakyat masih mengingati tempoh ketika Pas dan BN berada dalam kerajaan Perikatan Nasional selepas Pilihan Raya Umum 2018 yang akhirnya menyaksikan pelbagai cabaran termasuk ket

Azuan Ab Rahman
Jul 201 min read


'PH tidak sebarkan Islamofobia, Hj Hadi jangan eksploitasi sentmen agama'
Tulisan terbaharu Presiden Pas, Hj Hadi Awang yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) terutama DAP menyebarkan Islamofobia, disifatkan sebagai kenyataan yang tidak berasas, bermotif politik dan berpotensi mengelirukan rakyat. Bagi mantan ADUN Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (gambar), menyamakan perbezaan pandangan politik dengan Islamofobia bukan sahaja tidak tepat, malah boleh merendahkan makna sebenar Islamofobia yang merupakan diskriminasi, kebencian dan prejudis terhadap

Akmal Manaf
Jul 181 min read


Islamofobia berpunca dari sikap Pas, imej ekstrem, main sentimen kaum
Kenyataan seorang pemimpin MCA yang mempertikai kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membuktikan parti pembangkang itu menjadi punca kepada persepsi Islamofobia dalam kalangan kaum bukan Melayu. Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil (gambar) berkata kenyataan Setiausaha Pemuda MCA, Saw Yee Fung itu menunjukkan MCA sendiri bimbang terhadap imej dan pendekatan Pas sehingga terpaksa meyakinkan pengundi bahawa BN tidak bekerjasama

Helmi Mohd Foad
Jul 172 min read


Minum alkohol di pantai PD: Pas perlu jawab tuntuan ahli MCA - Zawawi
Hasrat Pas yang ingin bersama Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya Negeri Sembilan menimbulkan tanda tanya sama ada parti itu bersedia melayan 'tuntutan' berkaitan aktiviti minum minuman keras antaranya di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan terutama apabila melibatkan rakan kerjasama politik parti itu yang beraliran sekular. Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, jika Pas benar-benar mahu bekerjasama dengan BN atas p

Akmal Manaf
Jul 172 min read


Minum arak di pantai PD: Pas, sekutu BN dicabar nyata pendirian
Pas yang ingin bersekutu dengan BN dalam pilihanraya di Negeri Sembilan dicabar menyatakan pendirian sama ada akan terus mempertahankan larangan pengambilan minuman keras di kawasan awam terutama di pantai Port Dickson atau berkompromi dengan pandangan yang dibangkitkan oleh pemimpin muda MCA berhubung isu tersebut. Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Sembilan, Raihan Md Idris menegaskan, dalam kerjasama bersama komponen BN pastinya Pas terpaksa berlembut denga

Akmal Manaf
Jul 172 min read


Pemimpin MCA pertikai kerjasama BN-Pas di N Sembilan
Sejurus selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan barisan calonnya bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan malam tadi, seorang pemimpin MCA, parti komponen BN mempersoalkan dakwaan wujudnya persefahaman dengan "kawan" yang dipercayai merujuk kepada Pas. Menerusi satu hantaran di Facebook, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung (gambar) meluahkan kekeliruannya selepas pemimpin BN sebelum ini berulang kali menegaskan bahawa gabungan itu tidak bekerjasama dengan Pas na

Helmi Mohd Foad
Jul 162 min read


Pas jangan pandai kritik, rakyat mahu lihat cadangan selesai masalah ekonomi
Pembangkang perlu tampil dengan pelan ekonomi yang menyeluruh sekiranya yakin mampu mentadbir negara dengan lebih baik dan bukannya hanya mengkritik setiap dasar dilaksanakan kerajaan, kata Md Asyraf Zulfadhly Md Zainudin. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Terengganu itu berkata, apa yang lebih penting ialah setiap cadangan perlu disokong dengan pelan yang realistik dan mampu dilaksanakan. Beliau mengambil contoh negeri Terengganu yang ditadbir kerajaan Pas yang mengkritik p

Akmal Manaf
Jul 142 min read


Islamofobia: Mengapa PH disalahkan, Onn Hafiz pun tolak Pas?
Kenyataan mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) memainkan naratif 'Islamofobia' konon cuba menakut nakutkan pengundi mengenai tindakan Pas yang memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Melaka, Eddiarman Mohd Yunos, dakwaan bahawa PH memainkan naratif 'Islamofobia' itu tidak berasas kerana arahan Pas agar ahlinya mengundi BN adalah realiti, bukan direkayasa

Akmal Manaf
Jul 102 min read


Kerajaan Johor tidak stabil jika Pas berperanan?
Sokongan terbuka Pas kepada BN Johor yang membayangkan keinginan parti itu untuk menyertai Kerajaan Negeri sekiranya BN mendapat sejumlah kerusi yang signifikan pada 11 Julai ini wajar menjadi pertimbangan berhati hati pengundi Bangsa Johor. Menurut Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar (gambar), tiada jaminan kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan stabil sekiranya Pas bersama BN, kerana rekod parti itu menunjukkan pendirian politiknya sering be

Akmal Manaf
Jul 102 min read


'DUN Bersatu tidak bertanding, ahli harus sokong PH, pertahan maruah Muhyiddin'
Ahli-ahli Bersatu di kawasan yang parti itu tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini disaran memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) sebagai mesej mempertahankan maruah parti dan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Setiausaha Kerja KEADILAN Johor, Muhd Ezaddin Abdul Rahman (gambar) berkata, perkembangan semasa menunjukkan Pas mengarahkan penyokongnya mengundi calon Barisan Nasional (BN) di beberapa kerusi yang tidak ditandingi Per

Suara Keadilan
Jul 92 min read


Muhyiddin larang ahli Bersatu sokong BN
Muhyiddin larang ahli Bersatu bersekongkol menyokong BN. Kredit video: MalaysiaGazatte Meskipun berada dalam gabungan sama iaitu Perikatan Nasional (PN), Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat mengambil pendirian berbeza dengan Pas apabila menggesa pengundi agar tidak menyokong Barisan Nasional (BN), sedangkan Pas sebelum ini mengarahkan ahlinya mengundi calon BN di kerusi yang tidak ditandingi parti berkenaan. Pendirian berbeza itu terserlah apabila Muhyiddin ber

Akmal Manaf
Jul 81 min read


'60 tahun, 33 bulan memerintah, tak dengar perlu penyatuan Melayu-Islam'
Ustaz Abu Hafiz menyelar konsep politik mengutamakan Melayu sahaja. Foto: FB Ramanan Ungkapan perlunya orang Melayu bersatu di belakang beberapa parti tertentu tidak kedengaran sewaktu UMNO atau Pas sedang berkuasa di Putrajaya. Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Ustaz Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, isu berkenaan hanya timbul apabila tiba waktu Pilihan Raya Negeri Johor. "Dahulu lebih 60 tahun memerintah (UMNO), kemudian memegang kuasa di Putrajaya selama 33 bulan (P

Sidiqin Omar
Jul 42 min read


'Jangan tunggang agama demi raih undi' - Mahfuz
Tindakan Pas menggunakan dalil agama untuk mengikat pilihan politik rakyat terus dibidas seorang bekas pemimpin kanan parti itu apabila hal itu dianggap cuba membina gambaran bahawa sokongan kepada parti tertentu mempunyai kaitan langsung dengan kewajipan agama. Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata beliau bersetuju umat Islam perlu mengambil berat soal kepimpinan, amanah dan tanggungjawab dalam negara, namun menolak penggunaan ayat al-Quran dan hadis bagi

Helmi Mohd Foad
Jul 12 min read


Pas kata Kerajaan Perpaduan 'tak Islamik', kenapa sokong BN di Johor?
‘Arahan’ supaya ahli Pas menyokong UMNO-Barisan Nasional (BN) di kawasan yang tidak ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menimbulkan persoalan mengenai konsistensi perjuangan Islam yang dibawa parti berkenaan, khususnya apabila terdapat calon Islam daripada Pakatan Harapan (PH) yang bertanding menentang calon bukan Islam daripada MCA-BN. Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, hal itu agak pelik kerana

Akmal Manaf
Jul 12 min read


Kerjasama UMNO-Pas: Ahli Pas mula resah, sokongan, derma dipergunakan - Mahfuz
Perubahan pendirian Pas terhadap UMNO dalam Pilihan Raya Negeri Johor dipersoalkan banyak pihak, terutama yang mengikuti perjalanan politik parti itu dan kerjasama dengan UMNO serta fatwa hukum bekerjasama yang berlainan dalam tempoh beberapa tahun. Bagi bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar (gambar), fatwa berlainan diberikan pemimpin Pas terutama ketika bersama UMNO dalam Kerajaan Perikatan Nasional (2020 - 2022) kemudian menjadi musuh politik, dan kini pada 2026 menga

Suara Keadilan
Jun 303 min read


PRN Johor: Pas utamakan percaturan kuasa, bukan agenda pembangunan negeri
Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa pendirian dan percaturan politik Pas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 berpotensi mencetuskan ketidakstabilan politik, sekali gus menjejaskan usaha pembangunan negeri. Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil berkata, kenyataan pimpinan Pas mutakhir ini menunjukkan parti itu lebih mengutamakan percaturan kuasa berbanding menyediakan agenda pembangunan yang jelas untuk Johor. Beliau berkata, kenyataan Presiden Pas, Hj Hadi A

Redzuan Shamsudin
Jun 302 min read


Palsukan kartun Zunar: Perbicaraan terhadap pemimpin Pas Melaka Julai ini
Kartunis reformasi terkenal, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar (gambar) hari ini memaklumkan kes membabitkan dakwaan pemalsuan dan penggunaan kartunnya tanpa kebenaran oleh seorang pemimpin pembangkang akan dibicarakan di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 20 hingga 22 Julai depan. Menurut beliau, perkara itu dimaklumkan selepas menghadiri perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung aduan yang dikemukakan sebelum ini. Zulkiflee berkata

Suara Keadilan
Jun 291 min read


Rundingan "sulit" dengan Pas, UMNO ragui kekuatan 'solo' di Johor?
Rundingan politik antara UMNO dan Pas yang didakwa kembali berlaku menunjukkan parti berteras Melayu itu berada dalam keadaan “cemas dan lemas” dalam menghadapi gelombang perubahan pengundi di Johor, demikian kata Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar. Beliau berkata pengakuan bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa bahawa wujud rundingan rasmi antara kedua-dua parti itu menimbulkan persoalan terhadap keyakinan UMNO terhadap kekuatan sendiri menjelang Pilihan Raya

Helmi Mohd Foad
Jun 292 min read


'Pas tuduh Bersatu macam macam, tapi beri kerusi PRN Johor'
Pas perlu menjelaskan pendiriannya berhubung kerjasama politik dengan Bersatu selepas mendakwa parti itu melakukan pelbagai pelanggaran dalam Perikatan Nasional (PN), namun masih memberi ruang kepada calon Bersatu bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan Pas itu dilihat bercanggah kerana terus bekerjasama dengan Bersatu walaupun sebelum ini memutuskan hubungan dengan parti berkenaan. "Ini bukan tuduhan kecil, t

Helmi Mohd Foad
Jun 262 min read


Hj Hadi umum Ketua Pembangkang, lemahkan wibawa Dr Samsuri calon PM?
Keputusan Pas mengumumkan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin kembali menggalas jawatan Ketua Pembangkang baru baru ini dilihat memberi kesan tidak baik terhadap usaha pembangkang menampilkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai wajah baharu kepimpinan mereka. Ketua Penerangan KEADILAN Terengganu, Aiman Wan Alias berkata, perkembangan itu bukan sahaja menimbulkan persoalan mengenai struktur dan hierarki kuasa dalam gabungan

Akmal Manaf
Jun 192 min read
bottom of page
