top of page

Palsukan kartun Zunar: Perbicaraan terhadap pemimpin Pas Melaka Julai ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Kartunis reformasi terkenal, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar (gambar) hari ini memaklumkan kes membabitkan dakwaan pemalsuan dan penggunaan kartunnya tanpa kebenaran oleh seorang pemimpin pembangkang akan dibicarakan di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 20 hingga 22 Julai depan.


Menurut beliau, perkara itu dimaklumkan selepas menghadiri perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung aduan yang dikemukakan sebelum ini.


Zulkiflee berkata, aduan tersebut dibuat pada Ogos 2024 terhadap seorang pemimpin Pas yang didakwa memalsukan kartun beliau sebelum memuat naik karya berkenaan ke dalam akaun Facebook milik individu tersebut.


"Saya baru balik dari perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebentar tadi mengenai aduan yang dibuat sebelum itu.


"Pada Ogos 2024, saya membuat aduan kepada SKMM terhadap seorang pemimpin Pas Melaka atas dakwaan memalsukan kartun saya dan kemudian memuat naik kartun tersebut dalam akaun Facebook milik beliau," katanya dalam satu kenyataan petang ini.


Beliau berkata, kes berkenaan kini telah ditetapkan untuk perbicaraan selama tiga hari bermula hujung Julai ini di Mahkamah Jalan Duta.


"Kes ini ditetapkan untuk perbicaraan pada 20 hingga 22 Julai di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur," katanya.


Menurut Zunar lagi, beliau difahamkan pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan hukuman maksimum sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page