top of page

Berita


MAPIM seru umat Islam turun bantah besar besaran keganasan rejim Israel
NGO pro Palestin dalam sidang media menunjukkan solidariti ke atas umat Islam Palestin yang ditindas Isrel Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyeru masyarakat daripada pelbagai latar belakang termasuk mahasiswa, aktivis dan parti politik menyertai perhimpunan besar-besaran membantah keganasan Israel pada 9 Oktober ini. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perhimpunan itu akan bermula dari Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak di ibu negara selepas s

Akmal Manaf
Oct 11 min read
Â
Â


Menteri Agama kecam pencerobohan peneroka haram Israel atas Masjid Al-Aqsa
Tindakan peneroka haram Israel menceroboh Kompleks Masjid Al-Aqsa dan Masjid Ibrahimi di Palestin dikecam Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sekeras kerasnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan berkata, tindakan provokasi berkenaan yang berlaku di bawah kawalan ketat pasukan keselamatan Israel merupakan pencabulan nyata terhadap undang-undang antarabangsa. "Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam keras penceroboha

Suara Keadilan
Oct 11 min read
Â
Â


NGO Malaysia, serantau lancar kempen bantuan musim sejuk Gaza
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan Malaysia dan serantau berganding bahu melancarkan Kempen Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Gaza bagi membantu keluarga Palestin yang berdepan keadaan kemanusiaan kritikal menjelang musim sejuk. Kempen berkenaan diselaraskan Sekretariat Gaza Humanitarian Aid Action di bawah kepimpinan Presiden Malaysia Global Coalition in Support of Al Quds and Palestine dan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul

Suara Keadilan
Sep 302 min read
Â
Â


Walkout ketika PM Israel berucap tanda bantahan jelas - Dr Maszlee
Dr Maszlee Malik. Gambar arkib Tindakan puluhan perwakilan meninggalkan dewan ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 September lalu disifatkan sebagai tanda bantahan yang jelas. Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN, Dr Maszlee Malik berkata, tindakan berkenaan turut membangkitkan persoalan mengenai kedudukan seseorang pemimpin yang berdepan waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC

Suara Keadilan
Sep 281 min read
Â
Â


Pencerobohan Masjid al-Aqsa: Henti segera provokasi biadab rejim Zionis
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan berulang kali rejim Zionis di perkarangan Masjid al-Aqsa yang disifatkan sebagai provokasi melampau serta mencabuli kesucian Al-Haram Al-Sharif. Menterinya, Senator Dr Zulkifli Hasan berkata, Masjid al-Aqsa merupakan kiblat pertama dan tanah suci ketiga umat Islam yang wajib dipertahankan. "Sejarah membuktikan bahawa pencerobohan biadab ke atas al-Aqsa sentiasa menjadi pencetus gelombang kebangki

Suara Keadilan
Sep 211 min read
Â
Â


KEADILAN sokong pendirian PM sokong Palestin, tolak memihak kepentingan Israel
Dr Maszlee Malik. Gambar arkib Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menyokong pendirian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia serta pendirian berprinsip negara terhadap Palestin. Pengerusinya, Dr Maszlee Malik berkata, KEADILAN menyokong pendirian bahawa Malaysia tidak akan membenarkan negara ini dijadikan laluan bagi sebarang penghantaran yang menyokong atau menyumbang kepada keupayaan ketenteraan Israel serta

Suara Keadilan
Sep 172 min read
Â
Â


Menentang pendudukan haram Israel bukan sekadar kecaman - Dr Maszlee
Dr Maszlee Malik. Gambar arkib Penentangan terhadap pendudukan Israel di wilayah Palestin perlu disusuli tindakan antarabangsa yang mempunyai kesan nyata dan bukan sekadar kecaman diplomatik, demikian kata Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Dr Maszlee Malik. Beliau berkata masyarakat antarabangsa mempunyai pelbagai kaedah untuk meningkatkan tekanan terhadap Israel termasuk memastikan perdagangan, pelaburan dan kewangan tidak memudah cara atau mengau

Helmi Mohd Foad
Sep 142 min read
Â
Â


Sekatan dagang hanya simbolik negara Barat terhadap hipokrasi Israel
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah. Gambar arkib Sekatan Barat terhadap peneroka haram Israel di Tebing Barat disifatkan sekadar sandiwara simbolik yang gagal menyentuh punca sebenar keganasan terhadap rakyat Palestin. Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah menyifatkan sekatan terhadap akiviti perdagangan peneroka Israel yang tidak sah itu hanya sekatan untuk mengaburi mata dan tidak meninggalkan kesan. "Ini kerana barangan masih boleh dipindahkan kelu

Akmal Manaf
Sep 102 min read
Â
Â


Negara Arab perlu tegas lawan kekejaman Israel terhadap Palestin, Iran
Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu mempersoalkan pendirian negara-negara Islam khususnya negara Arab, yang disifatkannya terlalu berhati-hati bertindak ketika rakyat Palestin terus dibunuh dan diusir sedangkan sokongan terhadap Israel masih diteruskan dalam bentuk hubungan diplomatik dan perdagangan. Beliau berkata, penderitaan rakyat Palestin tidak seharusnya sekadar menjadi bahan ucapan dalam persidangan atau kecaman di peringkat antarabangsa, sebaliknya perlu diterje

Akmal Manaf
Sep 82 min read
Â
Â


PM kutuk tindakan Israel bina penempatan E1 di Timur Baitulmuqaddis
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk sekeras-kerasnya keputusan rejim Israel membina penempatan E1 di Timur Baitulmuqaddis. Menurut beliau, projek tersebut bakal memisahkan Tebing Barat sekaligus menjejaskan prospek pembentukan sebuah negara Palestin yang berdaulat. Tegas Presiden KEADILAN itu, kawasan tanah di timur Baitulmuqaddis berkenaan sejak sekian lama menjadi kawasan penting bagi kelangsungan sebuah negara Palestin. "Pembinaan di kawasan itu akan memisah

Azuan Ab Rahman
Aug 221 min read
Â
Â


Malaysia kecam pencabulan Israel di Al-Aqsa
Malaysia mengecam pencabulan berterusan Israel di Masjid Al-Aqsa serta perluasan penempatan haram di Baitulmuqaddis. Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata pendirian itu dinyatakan pada mesyuarat peringkat menteri negara Arab dan Islam mengenai perkembangan di Baitulmuqaddis yang berlangsung di Jordan pada Rabu. Pada mesyuarat tersebut, Malaysia turut menegaskan Baitulmuqaddis adalah sebahagian daripada Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), justeru menolak sebarang usaha meng

Azuan Ab Rahman
Aug 71 min read
Â
Â


Diplomasi PMX bawa suara keamanan Malaysia ke pentas dunia - Danish
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi N26 DUN Chembong, Danish Nazran Murad (gambar) menyifatkan usaha diplomasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan Malaysia bukan sekadar pemerhati, sebaliknya memainkan peranan penting dalam membawa suara keamanan ke pentas antarabangsa. Beliau berkata, pengalaman menyertai misi kemanusiaan baru-baru ini membuka matanya terhadap kekuatan hubungan diplomatik Malaysia apabila rundingan di peringkat tertinggi membolehkan urusa

Sidiqin Omar
Jul 312 min read
Â
Â


MAHAR bayar elaun Jumaat lepas, warga Palestin tetap pilih berdemo
Warga Palestin telah dibayar elaun bulanan dan tidak berbangkit isu kelewatan bayaran Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) menjelaskan sebahagian elaun kepada warga Palestin yang dibawa ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan perubatan telah disalurkan pada Jumaat lalu sebaik sahaja dana diterima daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), manakala bakinya diserahkan semalam selepas sesi taklimat khas bersama agensi kerajaan selesai diadakan. MAHAR berkata

Helmi Mohd Foad
Jul 293 min read
Â
Â


Malaysia kecam Israel perluas penempatan haram di Palestin
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya rancangan terbaharu rejim Zionis Israel untuk memperluaskan penempatan haram bernilai kira-kira AS$2.3 bilion di wilayah Palestin yang diduduki sambil menyifatkan tindakan itu sebagai pencabulan terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan ancaman serius kepada usaha mencapai keamanan yang adil serta berkekalan di Asia Barat. Kementerian Luar dalam kenyataan berkata, pelan itu bertujuan mengukuhkan lagi pendudukan haram Israel sel

Helmi Mohd Foad
Jul 172 min read
Â
Â


Malaysia kecam tindakan Zionis tahan Mufti Besar Baitulmaqdis
Tindakan rejim Zionis Israel menahan Mufti Besar Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa Sheikh Muhammad Hussein di masjid berkenaan pada Jumaat lepas dikecam keras. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dr Zulkifli Hasan (gambar) menegaskan, meskipun Sheikh Muhammad Hussein kemudiannya dibebaskan, tindakan terhadap seorang pemimpin agama itu merupakan suatu pencabulan terhadap kebebasan beragama serta menjejaskan kesucian Masjid Al-Aqsa. "Jabatan Hal Ehwal Agama menggesa masya

Azuan Ab Rahman
Jul 131 min read
Â
Â


Konflik Asia Barat perlu penyelesaian menyeluruh, tamatkan pendudukan Palestin
PM menegaskan, suara dari rantau Pasifik mahukan perdamaian dan konflik antarabangsa diredakan. Foto:PMO Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan konflik di Asia Barat tidak boleh dilihat secara terpisah daripada krisis kemanusiaan yang lebih luas sambil memberi amaran bahawa keganasan berterusan di rantau itu terus mengorbankan orang awam dan mengancam kestabilan global. Perdana Menteri berkata konflik hampir lapan dekad itu tidak boleh dipisahkan daripada realiti sejarah dan str

Helmi Mohd Foad
Jul 22 min read
Â
Â


NGO kecam Israel ambil alih kuasa perancangan, pembangunan Masjid Ibrahimi
Empat pertubuhan Islam Malaysia menuntut Israel membatalkan serta-merta keputusan mengambil alih kuasa perancangan dan pembangunan di sekitar Masjid Ibrahimi di Hebron daripada pihak berkuasa Palestin. Dalam kenyataan media bersama, keempat-empat pertubuhan itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan terbaharu pihak berkuasa penjajah Israel sambil menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), UNESCO dan masyarakat antarabangsa agar campur tangan dengan segera bagi menghalang se

Akmal Manaf
Jun 182 min read
Â
Â


Hari Nakbah 2026: Tingkatkan tekanan, bebaskan Al Aqsa - MAPIM
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa pembebasan Masjid Al Aqsa serta menuntut keadilan buat rakyat Palestin sempena memperingati Hari Nakbah 2026. Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Hari Nakbah bukan sekadar peristiwa sejarah sebaliknya simbol penderitaan berpanjangan rakyat Palestin akibat pendudukan dan penafian hak asasi. "Hari Nakbah adalah simbol penderitaan yang berpanjangan akibat pendudukan, perampasan tanah, pengusiran penduduk serta

Redzuan Shamsudin
Jun 72 min read
Â
Â


Malaysia kecam pencerobohan pendatang Israel atas Al-Aqsa
Malaysia mengeluarkan kenyataan mengutuk sekeras-kerasnya insiden terbaru pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh pendatang haram Israel. Kementerian Luar (Wisma Putra), berkata sebarang usaha melakukan proses Yahudisasi terhadap Masjid Al-Aqsa termasuk tindakan mengibarkan bendera Zionis Israel di dalam kawasan suci itu adalah perbuatan keji dan mencemarkan kesucian masjid berkenaan. "Tindakan terbaru pendatang haram dengan sokongan rejim Zionis Israel, merupakan cubaan untuk mengu

Azuan Ab Rahman
Jun 31 min read
Â
Â


Malaysia kutuk rancangan Israel rampas 70 peratus wilayah Gaza
Malaysia mengeluarkan kenyataan mengutuk sekeras-kerasnya rancangan Israel untuk merampas 70 peratus wilayah Gaza di Palestin. Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) berkata rancangan itu dengan jelas membuktikan niat terancang Israel untuk menafikan hak rakyat Palestin dan Malaysia membantah sekeras-kerasnya rancangan terbabit. "Tindakan itu (rampasan) menyalahi undang-undang dan sama sekali tidak boleh diterima. Ia adalah pelanggaran nyata oleh Israel terhadap undang-undang

Azuan Ab Rahman
May 311 min read
Â
Â
bottom of page
