top of page

PM kutuk tindakan Israel bina penempatan E1 di Timur Baitulmuqaddis

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 19 hours ago
  • 1 min read

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk sekeras-kerasnya keputusan rejim Israel membina penempatan E1 di Timur Baitulmuqaddis.


Menurut beliau, projek tersebut bakal memisahkan Tebing Barat sekaligus menjejaskan prospek pembentukan sebuah negara Palestin yang berdaulat.


Tegas Presiden KEADILAN itu, kawasan tanah di timur Baitulmuqaddis berkenaan sejak sekian lama menjadi kawasan penting bagi kelangsungan sebuah negara Palestin.


"Pembinaan di kawasan itu akan memisahkan Tebing Barat dan menjejaskan prospek pembentukan tanah air Palestin yang bersambung.


"Keputusan ini dibuat ketika keganasan peneroka terhadap orang awam Palestin di Tebing Barat berada pada tahap belum pernah berlaku sebelum ini dan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza," katanya dalam kenyataan.


Menerusi kenyataan yang sama, beliau mengulangi pendirian Malaysia yang kekal teguh bersama rakyat Palestin, di samping menegaskan hak mutlak mereka untuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.


Penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki tegasnya adalah tidak sah mengikut undang-undang antarabangsa tanpa menghiraukan kecaman serta pendirian masyarakat antarabangsa.


Justeru Malaysia akan mengambil perhatian dan bakal mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana syarikat antarabangsa yang memilih untuk menyertai tender projek pembinaan penempatan baharu itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page