top of page

MAPIM seru umat Islam turun bantah besar besaran keganasan rejim Israel

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
8 hours ago
1 min read
NGO pro Palestin dalam sidang media menunjukkan solidariti ke atas umat Islam Palestin yang ditindas Isrel
NGO pro Palestin dalam sidang media menunjukkan solidariti ke atas umat Islam Palestin yang ditindas Isrel

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyeru masyarakat daripada pelbagai latar belakang termasuk mahasiswa, aktivis dan parti politik menyertai perhimpunan besar-besaran membantah keganasan Israel pada 9 Oktober ini.


Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perhimpunan itu akan bermula dari Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak di ibu negara selepas solat Jumaat, sebelum peserta bergerak ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) bagi menyerahkan memorandum bantahan.


Katanya, pihaknya berharap penyertaan dalam perhimpunan itu tidak sekadar mencatat jumlah yang besar, sebaliknya benar-benar mencerminkan solidariti masyarakat Malaysia terhadap isu Palestin.


"Kami benar-benar berharap masyarakat daripada pelbagai latar belakang dapat hadir. Kami mahu mahasiswa, aktivis dan parti politik mengetepikan perbezaan serta bersama-sama menyertai perhimpunan ini.


Mohd Azmi Abdul Hamid
Mohd Azmi Abdul Hamid

"Kerajaan Malaysia setakat ini telah mengambil pendirian yang tegas dalam isu berkenaan dan tidak seharusnya mengalah terhadap sebarang tekanan atau ancaman daripada AS," katanya dalam sidang media yang dihadiri beberapa wakil NGO pro Palestin membincangkan perhimpunan 9 Okt pada tengah hari tadi.


Bagaimanapun, menurut Cikgu Azmi kerajaan masih perlu meningkatkan tekanan diplomatik melalui peranan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa seperti ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).


"Saya fikir kerajaan Malaysia sedang melakukan apa yang termampu, tetapi kita masih mahu kerajaan terus memberikan tekanan melalui ASEAN, OIC dan NAM.


"Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut berusaha memainkan peranan dengan melaksanakan pelbagai tindakan yang lebih berkesan dan memberi impak kepada usaha membantu rakyat Palestin.


"Usaha itu termasuk gerakan boikot, menggerakkan organisasi masjid, menyampaikan mesej kepada masyarakat dan suara di Parlimen serta menyalurkan bantuan kepada rakyat yang terjejas," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page