top of page

Malaysia kecam pencabulan Israel di Al-Aqsa

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • Aug 7
  • 1 min read

Malaysia mengecam pencabulan berterusan Israel di Masjid Al-Aqsa serta perluasan penempatan haram di Baitulmuqaddis.


Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata pendirian itu dinyatakan pada mesyuarat peringkat menteri negara Arab dan Islam mengenai perkembangan di Baitulmuqaddis yang berlangsung di Jordan pada Rabu.


Pada mesyuarat tersebut, Malaysia turut menegaskan Baitulmuqaddis adalah sebahagian daripada Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), justeru menolak sebarang usaha mengubah status perundangan, sejarah, demografi dan agama bandar itu.


"Malaysia menyokong Hashemite Custodianship ke atas tempat suci Islam dan Kristian, selain menegaskan sokongan terhadap hak rakyat Palestin menentukan nasib sendiri dan penubuhan negara Palestin berasaskan sempadan sebelum 4 Jun 1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara," kata Wisma Putra dalam hantaran di media sosial.


Mesyuarat itu bertujuan menangani dasar dan tindakan Israel yang tidak sah di Baitulmaqdis, ia turut dihadiri Menteri Luar Indonesia, Pakistan danTurkiye.

Mesyuarat berlangsung antara lain memutuskan untuk memperkukuh respons antarabangsa bagi mendokumentasi dan mendedahkan pencabulan Israel terhadap tempat suci serta jemaah, selain mendesak Israel menghormati status quo sejarah dan perundangan di Baitulmuqaddis.


Malaysia diwakili Timbalan Ketua Setiausaha (Hal Ehwal Pelbagai Hala) Kementerian Luar, Datuk Dr Ahmad Faisal Muhamad.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page