top of page

Malaysia kecam tindakan Zionis tahan Mufti Besar Baitulmaqdis

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 2 days ago
  • 1 min read

Tindakan rejim Zionis Israel menahan Mufti Besar Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa Sheikh Muhammad Hussein di masjid berkenaan pada Jumaat lepas dikecam keras.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dr Zulkifli Hasan (gambar) menegaskan, meskipun Sheikh Muhammad Hussein kemudiannya dibebaskan, tindakan terhadap seorang pemimpin agama itu merupakan suatu pencabulan terhadap kebebasan beragama serta menjejaskan kesucian Masjid Al-Aqsa.


"Jabatan Hal Ehwal Agama menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), supaya bertindak tegas.


"Ia bagi memastikan hak beribadah, keselamatan para pemimpin agama dan status Masjid Al-Aqsa terus dipelihara selaras dengan undang-undang antarabangsa," katanya dalam kenyataan.


Menerusi kenyataan sama, Dr Zulkifli juga menegaskan pendirian teguh Malaysia kekal bersama rakyat Palestin.


Malaysia juga jelasnya terus menyokong segala usaha ke arah keamanan yang adil, mempertahankan hak asasi rakyat Palestin dan menamatkan segala bentuk penindasan terhadap Palestin.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page