top of page

Berita


Kongres Nasional KEADILAN 2026: AMK Melaka alu alukan kedatangan perwakilan
AMK Melaka siap sedia menyambut kehadiran perwakilan ke Kongres Nasional KEADILAN 2026 Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Melaka menyambut baik penganjuran Kongres Nasional KEADILAN 2026: AMK Melaka sambut baik kedatangan perwakilan yang akan berlangsung pada 13 hingga 16 Ogos ini di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh. AMK Melaka berkata pemilihan Melaka sebagai tuan rumah kongres merupakan penghormatan besar kepada kepimpinan dan anggota KEADILAN di negeri berken

Redzuan Shamsudin
Aug 71 min read


Kongres Tahunan bakal 'post-mortem' PRN Johor, Negeri Sembilan - Fahmi
Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Melaka pada 16 Ogos ini dijangka membuat bedah siasat prestasi parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan. Ketua Penerangan, Datuk Seri Fahmi Fadzil (gambar) berkata, selain memenuhi keperluan perlembagaan parti dan syarat ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), kongres selama dua hari itu bakal menjadi medan muhasabah terhadap keputusan pilihanraya dua negeri berkenaan bagi memperkukuh persiap

Suara Keadilan
Aug 61 min read


'Memugar Reformasi, Membina MADANI' tema Kongres Nasional KEADILAN 2026
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan menganjurkan Kongres Nasional KEADILAN 2026 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh pada 15 dan 16 Ogos ini. Kongres bertemakan ‘Memugar Reformasi, Membina MADANI’ itu dijangka menghimpunkan kira-kira 2,500 perwakilan dan sekurang-kurangnya 3,000 pemerhati parti dari seluruh negara. Pengarah Kongres, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, acara dijangka turut dihadiri pimpinan parti politik serta duta asing, termas

Azuan Ab Rahman
Aug 62 min read


Letak jawatan: Dulu Dr Akmal berlindung di balik TYT, sekarang siapa pula?
Kenyataan terbaharu Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Salleh berhubung isu peletakan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka dilihat tidak lebih daripada usaha memperbodohkan penyokongnya. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, kenyataan ADUN Merlimau itu yang mendakwa bersedia mengemukakan semula surat peletakan jawatan sekiranya pemimpin DAP, Nga Kor Ming juga mengemukakan peletakan jawatan sebagai Menteri tidak lebih sekadar reto

Azuan Ab Rahman
Jul 211 min read


ADUN DAP Tarik Diri di Melaka, Kerajaan Perpaduan di Putrajaya Tidak Terjejas
ADUN DAP Melaka mengumumkan menarik diri dari Kerajaan Negeri semalam. Foto: FB DAP Melaka Oleh: Shahbudin Embun ULASAN: Laporan media menyatakan bahawa DAP Melaka mengumumkan keluar daripada pentadbiran Kerajaan Negeri dan melepaskan semua jawatan pentadbiran sebagai bantahan terhadap pindaan Perlembagaan Negeri berkaitan ADUN lantikan. Apabila DAP Melaka menarik diri daripada Kerajaan Negeri, beberapa implikasi politik boleh berlaku. Iaitu Kerajaan MADANI di peringkat Perse

Suara Keadilan
Jul 152 min read


Tarik sokongan: Semua pihak perlu utamakan kestabilan negeri - KEADILAN Melaka
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Negeri Melaka menyeru semua pihak agar mengutamakan kestabilan politik dan pentadbiran negeri susulan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) menarik diri daripada Kerajaan Negeri. Dalam satu kenyataan, KEADILAN Melaka memaklumkan parti itu mengambil maklum pendirian lima ADUN berkenaan yang menolak Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Negeri Melaka berkaitan pelantikan ADUN lantikan, serta keputusan mereka unt

Suara Keadilan
Jul 142 min read


Tolak ADUN lantikan, ADUN PH tarik diri dari Kerajaan Negeri Melaka
ADUN DAP dalam sidang media mengumumkan menarik sokongan dari Kerajaan Negeri. Foto FB DAP Melaka Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan gabungan itu tidak lagi menjadi sebahagian daripada pentadbiran Kerajaan Negeri selepas memutuskan untuk menarik sokongan susulan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 yang melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan. Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, keputusan itu dibuat kerana

Suara Keadilan
Jul 142 min read


Sentuhan MADANI DUN Rembia: 500 ekor ayam diagih kepada penduduk
Khuzaire (kanan) mengagihkan ayam segar kepada penduduk Sungai Petai, Melaka Penduduk di Zon Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Petai, Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia menerima manfaat menerusi Program Sentuhan MADANI yang menyaksikan pengagihan 500 ekor ayam kepada masyarakat setempat. Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah, Mohd Khuzaire Mohd Kamal berkata, program itu merupakan antara usaha mendekati rakyat serta membantu meringankan beban kos sara hidup. "Alhamdulillah, Progr

Suara Keadilan
Jul 51 min read


Lautan hadiri temuduga Infineon di Melaka: Anak muda dahagakan kerja berkualiti
Kehadiran ribuan anak muda menghadiri temuduga terbuka syarikat Infineon di sekitar Bandar Hilir hari ini mencetuskan perhatian ramai, sekali gus dilihat sebagai petunjuk jelas anak muda di negeri itu dahagakan peluang pekerjaan berkualiti. Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Kepong, Jeremy Ang (gambar) mendakwa, gambar dan video tular yang memaparkan barisan panjang calon pekerja itu menunjukkan kesungguhan belia, namun pada masa sama mencerminkan realiti sebenar pasaran pekerjaa

Suara Keadilan
Jun 142 min read


PRN Melaka: KEADILAN Masjid Tanah tampilkan calon muda, bawa perubahan
KEADILAN Masjid Tanah menyatakan hasrat untuk menampilkan barisan calon muda berwibawa pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang sebagai bukti kesungguhan membawa perubahan sebenar kepada rakyat di kawasan itu. Ketua Penaja Cabang KEADILAN Masjid Tanah, Asri Ibrahim (gambar), berkata pilihanraya kali ini bukan sekadar pertandingan politik biasa, sebaliknya medan penting untuk rakyat menentukan hala tuju masa depan sama ada mahu terus dengan politik lama atau memilih kepimpin

Suara Keadilan
Jun 92 min read


Melaka, Perlis elok buat PRN serentak - Dr Yusri Ibrahim
Seorang penganalisis politik menyarankan Melaka dan Perlis mengikuti langkah Johor dan Negeri Sembilan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan secara serentak. Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkata, mengadakan PRN secara serentak memberi banyak kelebihan berbanding mengadakan beberapa pilihanraya secara berasingan dalam tempoh berdekatan. Selain dapat menjimatkan kos menga

Suara Keadilan
Jun 81 min read


Melaka dapat hospital baharu - Dr Dzulkefly
Kerajaan MADANI merancang membangunkan hospital baharu di Durian Tunggal, Alor Gajah yang sekaligus dapat mengurangkan kesesakan dan peningkatan jumlah pesakit di Hospital Melaka. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) projek itu merupakan antara yang akan diangkat Kementerian menerusi Rolling Plan Kedua (RP2) Rancangan Malaysia Ke-13. "Menurut perancangan, hospital baharu itu akan dibangunkan mengikut spesifikasi Hospital Berpakar Jenis 2 yang dil

Suara Keadilan
Jun 82 min read


PRN: "Kami sokong Pas bergerak solo" - KEADILAN Melaka
KEADILAN Melaka menyatakan sokongan terbuka terhadap kemungkinan Pas ingin bergerak secara solo menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada hujung tahun ini. Ketua Penerangan KEADILAN Melaka, Eddiarman Mohd Yunos berkata, cadangan yang dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari semalam dilihat sebagai langkah paling jujur dan wajar bagi parti berkenaan. Menurut beliau, Pas sudah terlalu lama berada dalam dilema dan bergantung kep

Redzuan Shamsudin
Jun 12 min read


Program Korban Perdana Masjid As-Syuhada eratkan kebersamaan warga Kem Terendak
Dari kanan: Mohd Radzmin Roslan, Pengarah Strategi KEADILAN Melaka; Exco Kanan Melaka, Datuk Rais Datuk Wira Yasin; Panglima 3 Divisyen (3 Div) Tentera Darat Malaysia, Mejar Jeneral Haji Sani S Omar; ADUN Sungai Udang, Dr. Mohd Aleef Yusof; dan Kolonel Nik Roslan Nik Mohamed Ariffin Program Ibadah Korban Perdana di Masjid As-Syuhada, Kem Terendak, Melaka sempena Aidiladha berlangsung meriah dengan penyertaan warga kem dan jemaah dalam suasana penuh kebersamaan dan semangat go

Suara Keadilan
May 301 min read


KEADILAN Pernah Hilang Tokoh Besar, Parti Terus Utuh
Oleh: Eddiarman Mohd Yunos ULASAN: Politik bukan jalan yang sentiasa lurus dan tenang. Sejarah Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sejak era Reformasi membuktikan bahawa perjuangan ini telah melalui pelbagai episod cabaran, tekanan, pengkhianatan, keluar parti, serangan persepsi dan percubaan melemahkan gerakan reformasi rakyat. Daripada era awal Reformasi sehinggalah kepada episod besar seperti Langkah Sheraton 2020, KEADILAN pernah kehilangan tokoh besar, pimpinan utama malah

Suara Keadilan
May 232 min read


Himpunan pertahankan PMX beri makna besar demi kestabilan negara - Yazid
Himpunan “Pertahankan PMX” cukup besar maknanya dalam usaha menjamin kestabilan politik negara Himpunan “Pertahankan PMX” yang berlangsung di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Bandar Hilir, Melaka yang berlangsung semalam disifatkan sebagai simbol komitmen berterusan dalam mempertahankan kestabilan politik negara meskipun dianjurkan secara sederhana. Ketua Penerangan KEADILAN Hang Tuah Jaya, Yazid Borhan berkata, himpunan tersebut diteruskan walaupun persiapan dibuat dal

Suara Keadilan
May 171 min read


Hebahan himpunan “Turun Anwar 2.0”: KEADILAN Melaka lapor polis
Eddiarman (dua dari kanan) bersama barisan pimpinan KEADILAN Melaka membuat laporan polis Ketua Penerangan KEADILAN Negeri Melaka, Eddiarman Mohd Yunos bersama pimpinan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Melaka semalam telah membuat laporan polis berhubung penyebaran hebahan berkaitan penganjuran himpunan “Turun Anwar 2.0” yang didakwa akan dianjurkan oleh pihak pembangkang di negeri ini. Menurut Eddiarman, penyebaran bahan promosi dan hebahan berkaitan himpunan berkenaan diliha

Suara Keadilan
May 151 min read


Turun Anwar 2.0: Politik kebencian bukan budaya Melaka
KEADILAN Melaka menyeru rakyat khususnya golongan muda agar tidak terikut dengan budaya politik berasaskan kemarahan, fitnah dan kebencian yang hanya akan memecah-belahkan masyarakat serta menggugat kestabilan negara. Ketua Penerangan KEADILAN Melaka, Eddiarman Mohd Yunos berkata rakyat perlu terus mengamalkan budaya politik matang dengan mengutamakan fakta, adab dan penghormatan terhadap proses demokrasi. "Kami menyeru rakyat khususnya anak muda agar tidak terikut dengan bu

Helmi Mohd Foad
May 132 min read


PRN Melaka: Pas tanding 16 kerusi DUN, semua Melayu lawan Melayu?
Pas sekali lagi menjadi sasaran sindiran apabila parti itu menyasar untuk bertanding di 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadual diadakan pada hujung tahun ini. Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Melaka, Ezal Zamri berkata, semua kawasan yang disasarkan Pas itu merupakan kerusi majoriti Melayu dan bukan dipegang oleh DAP dan menimbulkan tanda tanya berkenaan tekad Pas untuk menyatukan Melayu. "16 kerusi kata

Akmal Manaf
May 41 min read


Akmal Saleh jangan selektif bawa isu sensitif - Dr Sathia Prakash
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh digesa bersikap konsisten dan tidak selektif dalam membangkitkan sesuatu isu terutama yang menyentuh sensitiviti awam. Pengarah Jabatan Pilihan Raya KEADILAN Selangor, Dr Sathia Prakash (gambar) berkata begitu sebagai mengulas gesaan Akmal Saleh yang secara terbuka menggesa pembatalan festival Rain Rave di Bukit Bintang tetapi tidak menyatakan pendirian serupa ketika Melaka Water Music Festival di Pantai Klebang diadakan dari 1

Azuan Ab Rahman
May 21 min read
bottom of page
