top of page

Sentuhan MADANI DUN Rembia: 500 ekor ayam diagih kepada penduduk

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 hours ago
  • 1 min read

Khuzaire (kanan) mengagihkan ayam segar kepada penduduk Sungai Petai, Melaka
Khuzaire (kanan) mengagihkan ayam segar kepada penduduk Sungai Petai, Melaka

Penduduk di Zon Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Petai, Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia menerima manfaat menerusi Program Sentuhan MADANI yang menyaksikan pengagihan 500 ekor ayam kepada masyarakat setempat.


Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah, Mohd Khuzaire Mohd Kamal berkata, program itu merupakan antara usaha mendekati rakyat serta membantu meringankan beban kos sara hidup.


"Alhamdulillah, Program Sentuhan MADANI di Zon PDM Sungai Petai, DUN Rembia telah berjaya dilaksanakan dengan pengagihan 500 ekor ayam kepada penduduk setempat," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan Kerajaan MADANI dalam melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan untuk rakyat.


"Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, atas keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap kebajikan rakyat," katanya.


Mohd Khuzaire turut mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin, atas sokongan dalam menjayakan program berkenaan.


Beliau yang juga Penyelaras KEADILAN N.06 DUN Rembia menghargai komitmen jentera KEADILAN Cabang Alor Gajah, Pakatan Harapan serta para sukarelawan yang berganding bahu menjayakan program tersebut.


"InsyaAllah, kami akan terus berkhidmat dan turun padang demi kebajikan rakyat," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page