top of page

Hebahan himpunan “Turun Anwar 2.0”: KEADILAN Melaka lapor polis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Eddiarman (dua dari kanan) bersama barisan pimpinan KEADILAN Melaka membuat laporan polis
Eddiarman (dua dari kanan) bersama barisan pimpinan KEADILAN Melaka membuat laporan polis

Ketua Penerangan KEADILAN Negeri Melaka, Eddiarman Mohd Yunos bersama pimpinan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Melaka semalam telah membuat laporan polis berhubung penyebaran hebahan berkaitan penganjuran himpunan “Turun Anwar 2.0” yang didakwa akan dianjurkan oleh pihak pembangkang di negeri ini.


Menurut Eddiarman, penyebaran bahan promosi dan hebahan berkaitan himpunan berkenaan dilihat mengandungi unsur provokasi politik yang boleh menimbulkan keresahan awam serta menggugat keharmonian masyarakat sekiranya tidak dikawal.


Katanya lagi, tindakan pembangkang memainkan sentimen politik melampau melalui pendekatan provokatif dan penyebaran maklumat yang belum dipastikan kesahihannya adalah tidak bertanggungjawab serta boleh mengelirukan rakyat.

Salah satu hebahan ke arah himpunan di Melaka
Salah satu hebahan ke arah himpunan di Melaka

"Budaya politik matang seharusnya berteraskan fakta, hujah dan penghormatan terhadap institusi demokrasi, bukannya dengan menyebarkan propaganda politik yang berpotensi mencetuskan ketegangan," kata beliau dalam satu kenyataan selepas selesai membuat laporan polis.


Beliau turut menyeru agar pihak berkuasa menyiasat penganjuran serta penyebaran hebahan berkaitan himpunan tersebut sekiranya terdapat unsur pelanggaran undang-undang atau cubaan menghasut masyarakat.


Dalam masa sama, KEADILAN Melaka, katanya menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan agenda politik kebencian yang boleh menjejaskan perpaduan dan kestabilan negara.


Turut hadir membuat laporan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Melaka, Hakimin Mokhtar dan Azlan Osman selaku Ketua Cabang KEADILAN Tangga Batu.


Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Batu Berendam dan turut dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page