top of page

Kongres Tahunan bakal 'post-mortem' PRN Johor, Negeri Sembilan - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 6
  • 1 min read

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Melaka pada 16 Ogos ini dijangka membuat bedah siasat prestasi parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.


Ketua Penerangan, Datuk Seri Fahmi Fadzil (gambar) berkata, selain memenuhi keperluan perlembagaan parti dan syarat ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), kongres selama dua hari itu bakal menjadi medan muhasabah terhadap keputusan pilihanraya dua negeri berkenaan bagi memperkukuh persiapan menghadapi pilihanraya akan datang.

"Sudah pasti isu-isu yang akan dibangkitkan oleh perwakilan dari Johor dan juga Negeri Sembilan ialah apa yang telah disaksikan untuk kita bermuhasabah, mengambil ibrah dan pengajaran daripada apa yang berlaku dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan," katanya dipetik laporan media.


Fahmi yang juga jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan berkata begitu pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet pada Rabu.


Sementara itu tambahnya, antara perkara yang dijangka bakal dijangka dibincangkan ialah aspek pengukuhan jentera parti, pembahagian tugasan, persediaan calon serta strategi bagi menghadapi pilihan raya akan datang.


Kongres itu juga berkemungkinan menyaksikan cadangan daripada perwakilan berhubung penambahbaikan dasar kerajaan sekiranya terdapat dapatan yang wajar diketengahkan.


"Apakah tindakan yang perlu diambil dalam parti, sama ada dari segi jentera, tugasan, persiapan calon dan sebagainya selain mungkin apakah perlu diambil apa-apa tindakan mengenai dasar kerajaan.


"Mungkin ada dapatan yang akan dilontarkan oleh perwakilan dalam kongres itu nanti," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page