top of page

PRN Melaka: Beri peluang calon generasi pelapis buktikan kebolehan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
4 minutes ago
1 min read
Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari
Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari

Pengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diseru supaya memberi peluang kepada generasi baharu untuk membuktikan kebolehan mereka dalam kepimpinan.


Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, kemunculan ramai calon muda dalam PRN Melaka merupakan satu perkembangan positif yang mencerminkan peningkatan minat golongan berkenaan terhadap politik serta pentadbiran negara.


Tambahnya, kemampuan calon muda juga tidak wajar dipandang remeh dan perlu dinilai berdasarkan prestasi dan kebolehan mereka untuk memberikan perkhidmatan terbaik.


"Kita lihat contoh calon muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Kuala Linggi, dan Ayer Molek. Ini menunjukkan penekanan serta pemberian peluang kepada anak muda benar-benar subur dalam politik negara kita.


"Saya juga menyeru para pengundi agar memilih calon muda yang bertenaga serta memberikan ruang dan peluang kepada mereka untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan masyarakat," katanya dipetik laporan media.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani ditemui pada Program Futsal 3 Penjuru Sempena Jelajah Rakan Muda @ Klebang 2026 di Tangga Batu, pada Rabu.


Dalam perkembangan berasingan, Dr Muhammed Taufiq memaklumkan, kementeriannya komited memastikan usaha memperkasakan sukan di peringkat akar umbi terus dilaksanakan.


Jelasnya, peruntukan RM1.6 juta telah disalurkan bagi melaksanakan pelbagai program belia dan sukan di Melaka, yang memanfaatkan kira-kira 52,000 golongan muda.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page