top of page

Calon PH, Yunazri bawa misi pembaharuan di Tanjung Bidara

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
9 minutes ago
1 min read
Mohd Yunazri Mustamiri
Mohd Yunazri Mustamiri

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara memasang tekad untuk mengembangkan sektor pelancongan kawasan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


Mohd Yunazri Mustamiri berkata, pelancongan sektor berpotensi untuk dikembangkan, namun usaha itu juga perlu didahului dengan peningkatan kualiti infrastruktur setempat.


"Tanjung Bidara memiliki potensi sebagai sektor pelancongan yang boleh dikembangkan sekaligus meningkatkan ekonomi penduduk setempat.


"Tetapi sebelum kita pergi ke sektor pelancongan, kita kena tingkatkan kualiti infrastruktur di Tanjung Bidara dulu," katanya dipetik laporan media.


Terdahulu beliau ditemui pada program Walkabout di Kampung Londang di Masjid Tanah pada Rabu.


Kerusi DUN Tanjung Bidara menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mohd Yunazri dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh yang juga penyandang kerusi itu.

Ab Rauf memenangi kerusi tersebut dengan majoriti tipis 364 undi pada PRN Melaka 2021.


Mengulas mengenai pendekatan kempennya pada PRN ini, Mohd Yunazri berkata, pihaknya memilih untuk mengurangkan ceramah berskala besar demi menumpukan usaha bertemu dengan seramai mungkin pengundi.


Pendekatan tersebut juga memberi peluang untuk beliau mendengar sendiri masalah penduduk serta meraih pelbagai maklumat yang belum diketahuinya sebelum ini.


"Antara isu yang dibangkitkan ialah penduduk dipinggirkan daripada sumbangan ataupun bantuan.


"Yang kedua, isu stesen minyak yang jauh dan juga beberapa projek terbengkalai," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page