top of page

Ibu bapa diseru budayakan semula amalan membaca bersama anak-anak

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
14 minutes ago
1 min read
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menyeru ibu bapa membudayakan semula amalan membaca bersama anak-anak ketika berada di rumah.


Menurutnya, usaha memupuk tabiat membaca perlu dijadikan sebahagian daripada gaya hidup sekaligus membendung ancaman ketagihan skrin yang menjejaskan generasi muda.


"Langkah ini penting bagi memastikan anak-anak tidak terjerumus ke dalam fenomena the scrolling generation (generasi yang kerap menatap skrin telefon) sehingga mematikan amalan membaca.


"Ada beberapa pendekatan praktikal yang boleh dimulakan oleh ibu bapa di rumah termasuk membaca atau berkongsi cerita kepada anak-anak sebelum mereka tidur.


"Selain itu, ibu bapa juga boleh menyediakan pelbagai buku secara berterusan bagi menyokong pembacaan progresif mengikut perkembangan anak-anak," katanya dipetik laporan media.


Ketua Wanita KEADILAN itu berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan HIPMaXMalaysian Folklore Storyfest: Folktales Reimagined Grand Finale Showcase 2026 di Perpustakaan Negara Malaysia, di Kula Lumpur pada Rabu.


Fadhlina sementara itu berkata, bagi menyokong budaya membaca di kalangan pelajar, kurikulum baharu pendidikan turut menerapkan sesi bacaan bersama bermula dari prasekolah sehingga ke sekolah rendah serta sekolah menengah.


"Langkah memperkasa budaya membaca juga dijangka dapat mengukuhkan sokongan pendidikan daripada usaha golongan ibu bapa sendiri.


"Pendedahan kepada lebih banyak buku dan bahan bacaan, anak-anak bukan sahaja dapat memperluas pengetahuan malah berupaya membina emosi yang stabil serta membentuk identiti diri positif," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page