top of page

Himpunan pertahankan PMX beri makna besar demi kestabilan negara - Yazid

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read
Himpunan “Pertahankan PMX” cukup besar maknanya dalam usaha menjamin kestabilan politik negara
Himpunan “Pertahankan PMX” cukup besar maknanya dalam usaha menjamin kestabilan politik negara

Himpunan “Pertahankan PMX” yang berlangsung di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Bandar Hilir, Melaka yang berlangsung semalam disifatkan sebagai simbol komitmen berterusan dalam mempertahankan kestabilan politik negara meskipun dianjurkan secara sederhana.


Ketua Penerangan KEADILAN Hang Tuah Jaya, Yazid Borhan berkata, himpunan tersebut diteruskan walaupun persiapan dibuat dalam tempoh singkat tanpa hebahan besar-besaran.


Menurut beliau, walaupun kehadiran tidak besar dan bergerak dalam kelompok kecil, semangat yang ditunjukkan peserta amat bermakna.

Yazid ditemubual oleh wartawan
Yazid ditemubual oleh wartawan

"Alhamdulillah semangat yang hadir cukup besar maknanya. Turut hadir rakan-rakan dari Tampin yang sanggup turun memberikan sokongan dan semangat," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau turut merakamkan penghargaan atas solidariti yang ditunjukkan oleh semua yang hadir.


"Dalam keadaan serba sederhana, sokongan seperti ini cukup bermakna. Bagi saya perjuangan bukan semata-mata diukur pada jumlah kehadiran, tetapi pada keberanian untuk hadir mempertahankan apa yang diyakini benar demi kestabilan negara," jelasnya.


Tambah beliau, semangat yang ditunjukkan itu diyakini mampu menjadi pemangkin kepada usaha lebih besar pada masa akan datang.


"Semangat kecil inilah yang akan menjadi pembakar kepada kejayaan yang lebih besar, InsyaAllah," katanya.


Pada masa sama, Yazid menegaskan kepentingan mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dalam menghadapi cabaran global ketika ini.


"Dalam keadaan dunia yang berhadapan pelbagai cabaran global, Malaysia memerlukan kestabilan politik, kerjasama semua pihak dan kepimpinan yang fokus membawa negara ke hadapan," tegasnya.


Beliau turut mengingatkan bahawa perbezaan pandangan politik tidak seharusnya mengatasi kepentingan masa depan negara.


"Kita mungkin berbeza pandangan politik, tetapi masa depan negara perlu sentiasa menjadi keutamaan bersama," katanya lagi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page