top of page

Program Korban Perdana Masjid As-Syuhada eratkan kebersamaan warga Kem Terendak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 8 minutes ago
  • 1 min read
Dari kanan: Mohd Radzmin Roslan, Pengarah Strategi KEADILAN Melaka; Exco Kanan Melaka, Datuk Rais Datuk Wira Yasin; Panglima 3 Divisyen (3 Div) Tentera Darat Malaysia, Mejar Jeneral Haji Sani S Omar; ADUN Sungai Udang, Dr. Mohd Aleef Yusof; dan Kolonel Nik Roslan Nik Mohamed Ariffin
Dari kanan: Mohd Radzmin Roslan, Pengarah Strategi KEADILAN Melaka; Exco Kanan Melaka, Datuk Rais Datuk Wira Yasin; Panglima 3 Divisyen (3 Div) Tentera Darat Malaysia, Mejar Jeneral Haji Sani S Omar; ADUN Sungai Udang, Dr. Mohd Aleef Yusof; dan Kolonel Nik Roslan Nik Mohamed Ariffin

Program Ibadah Korban Perdana di Masjid As-Syuhada, Kem Terendak, Melaka sempena Aidiladha berlangsung meriah dengan penyertaan warga kem dan jemaah dalam suasana penuh kebersamaan dan semangat gotong-royong.


Turut hadir dalam program tersebut ialah Panglima 3 Divisyen (3 Div) Tentera Darat Malaysia, Mejar Jeneral Sani S Omar yang mengadakan lawatan sekitar kawasan masjid dan kem.


Menurut satu kenyataan media, lawatan itu bertujuan meninjau sendiri keperluan serta kemudahan yang diperlukan bagi meningkatkan keselesaan warga kem dan jemaah.


"Antara perkara yang dibangkitkan ialah keperluan pemasangan sistem penghawa dingin di masjid bagi memastikan keselesaan jemaah," menurut kenyataan tersebut.


Permohonan berkaitan perkara itu telah dikemukakan kepada pihak kerajaan dan kini masih dalam proses pertimbangan.


"Semoga segala usaha dan perhatian yang diberikan dapat memberi manfaat serta keselesaan kepada seluruh warga Kem Terendak khususnya para jemaah Masjid As-Syuhada," jelas kenyataan itu lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page