Kongres Nasional KEADILAN 2026: AMK Melaka alu alukan kedatangan perwakilan
- Redzuan Shamsudin
- 7 hours ago
- 1 min read

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Melaka menyambut baik penganjuran Kongres Nasional KEADILAN 2026: AMK Melaka sambut baik kedatangan perwakilan yang akan berlangsung pada 13 hingga 16 Ogos ini di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh.
AMK Melaka berkata pemilihan Melaka sebagai tuan rumah kongres merupakan penghormatan besar kepada kepimpinan dan anggota KEADILAN di negeri berkenaan.
"Sesuai dengan tema kongres pada tahun ini, ‘Memugar Reformasi, Membina MADANI’, AMK Melaka sedia memikul tanggungjawab sebagai tuan rumah dan menggerakkan seluruh tenaga anak muda bagi memastikan kelancaran persidangan," kata kenyataan itu.
Menurut AMK Melaka, mereka mengalu-alukan kehadiran 2,500 perwakilan dan sekurang-kurangnya 3,000 pemerhati serta anggota KEADILAN dari seluruh negara.
Katanya, turut dijangka hadir ialah tetamu kehormat termasuk pimpinan parti, wakil diplomatik dan masyarakat umum.
"Kami juga bersiap-siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan memandangkan Pilihan Raya Negeri Melaka akan berlaku selewatnya pada hujung tahun ini," katanya.
AMK Melaka berkata seluruh kepimpinan, perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara dialu-alukan hadir ke Melaka bagi menjayakan kongres tersebut.
"Semoga penganjuran Kongres 2026 ini bukan sahaja menyemarakkan lagi idealisme reformasi, malah mencetuskan momentum penyatuan yang teguh demi membina Malaysia yang lebih adil dan makmur," katanya.
