top of page

Berita


Zahid perlu jawab tunggakan RM1.05 bilion projek KKDW, belanja lebih peruntukan
Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa menjelaskan isu tunggakan bayaran kontraktor projek Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang mencecah RM1.05 bilion susulan komitmen perbelanjaan melebihi peruntukan asal. Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar berkata, penjelasan itu perlu diberikan sebelum Presiden Umno itu menuding jari kepada Kementerian Kewangan (MOF) berhubung isu projek jalan luar bandar d

Helmi Mohd Foad
2 days ago2 min read


Politik dua muka: Umno perlu nyata pendirian - Mahfuz
Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar Umno tidak seharusnya terus menikmati kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan sekiranya pada masa sama mengambil langkah yang menjejaskan rakan gabungannya dalam pilihan raya negeri. Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno bekerjasama serta melancarkan manifesto bersama Pas - PN, menimbulkan persoalan mengenai prinsip dan kesetiaa

Azuan Ab Rahman
6 days ago1 min read


Mahfuz cabar Hj Hadi jelaskan pendirian Pas dalam krisis takhta N Sembilan
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mahfuz Omar mencabar Presiden Pas, Hj Hadi Awang menjelaskan pendirian parti itu berhubung krisis institusi diraja Negeri Sembilan sebelum mendakwa ada penglibatan 'tangan yang nampak terang' seolah olah menunding Kerajaan MADANI mencampuri urusan negeri. Beliau mempersoalkan konsistensi pendirian Hadi yang lantang membangkitkan isu perlembagaan di peringkat Persekutuan, sedangkan tindakan Kerajaan Negeri yang turut dianggotai Pas b

Suara Keadilan
Oct 242 min read


Jangan alih soalan: Bersediakah Pas terima Zahid sebagai calon PM? - Mahfuz
Pas digesa menyatakan pendirian sama ada bersedia menerima Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri (PM) sekiranya Umno dan parti itu mahu bersama dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar berkata, persoalan itu perlu dijawab secara jelas dan tidak dialihkan kepada isu penerimaan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam Kerajaan Perpaduan selepas PRU15. Beliau berkata demikian sebagai respons terh

Suara Keadilan
Oct 183 min read


Tahanan rumah Najib: KDN perlu jelaskan asas undang-undang - Mahfuz
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Penjara perlu menjelaskan asas perundangan yang membolehkan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak, ketika Akta Tahanan Rumah masih dalam proses penggubalan. Bagi Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar, kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini bahawa akta berkenaan masih dalam proses penggubalan menimbulkan persoalan mengenai peruntukan undang-undang yang digunak

Suara Keadilan
Oct 152 min read


Sanusi label Belanjawan 2027 ‘gula-gula’, projek mega di Kedah macam mana?
Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melabel Belanjawan 2027 sebagai “bajet gula-gula”menjelang pilihanraya dibidas Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar (gambar). Beliau sebaliknya mempersoalkan sejauh manakah salahnya 'gula gula politik' itu sedangkan MB Kedah sendiri pun sebelum ini mengumumkan gula gula projek mega sejak 2020. Mahfuz berkata, bantuan kepada rakyat menerusi Belanjawan MADANI 2027 tidak sepatutnya diperlekehkan sebagai gula gula

Suara Keadilan
Oct 122 min read


Projek Litar Lumba Kedah: Jelaskan sama ada terkait pecah amanah RM40 juta?
Status tanah Projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani perlu diperjelaskan oleh Kerajaan Kedah susulan penahanan seorang pengarah syarikat berhubung siasatan dakwaan pecah amanah bernilai RM40 juta, kata Datuk Mahfuz Omar (gambar). Naib Presiden AMANAH itu berkata, beliau tidak menuduh mana-mana pihak sebaliknya hanya meminta penjelasan berdasarkan fakta, terutama apabila status tanah yang dikaitkan dengan projek Kerajaan Negeri serta transaksi bernilai puluhan juta ringg

Akmal Manaf
Oct 82 min read


Terpalit isu rasuah, bolehkah Pas terima Zahid sebagai PM?
Datuk Mahfuz Omar. Gambar fail Dapatkah Pas menerima Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri sedangkan parti itu sebelum ini pernah mempersoalkan kedudukan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri berikutan 47 pertuduhan berkaitan kes Yayasan Akalbudi? Persoalan itu dibangkitkan Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar selepas penganalisis politik, Ong Kian Ming meramalkan Presiden Umno itu berpotensi menjadi Perdana Menteri sekiranya Barisan

Helmi Mohd Foad
Oct 23 min read


MP Pas tarik balik tuduhan: Jangan biarkan ‘racunnya’ tinggal di fikiran rakyat
Penyelesaian secara baik kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen (MP) Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim di Mahkamah Tinggi dialu alukan. Namun bagi Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar (gambar), penarikan balik saman oleh Perdana Menteri setakat ini hanya mampu memadamkan tohmahan kononnya Anwar bersikap zalim dan pendendam mahu menyaman musuh politiknya. "Tindakan PMX menarik balik samannya (setakat ini) memb

Suara Keadilan
Sep 252 min read


Krisis N Sembilan: MB Ismail Lasim wajar pertimbang undur diri - Mahfuz
Perkembangan politik di Negeri Sembilan ketika ini mencerminkan krisis kepercayaan yang semakin serius antara kerajaan negeri, institusi raja dan perkhidmatan awam. Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, krisis itu tidak lagi boleh dilihat sekadar sebagai perbezaan pandangan antara Kerajaan Negeri dengan institusi raja, sebaliknya memerlukan perhatian serius bagi memastikan pentadbiran negeri terus berjalan dengan baik. Mengulas tindak

Azuan Ab Rahman
Sep 241 min read


Umno jangan sibuk isu jenama kerajaan, lebih baik fokus isu rakyat
Datuk Mahfuz Omar. Gambar arkib Jangan jadikan 'jenama' kerajaan sebagai isu negara kerana rakyat kini lebih menantikan hasil dan penyelesaian terhadap masalah kehidupan mereka, tegas Datuk Mahfuz Omar. Naib Presiden AMANAH itu memberi reaksi balas susulan kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa pentadbiran negara mesti terus dirujuk sebagai Kerajaan Perpaduan Malaysia, bukan Kerajaan MADANI. "Selama hampir empat tahun ini, Umno pi mana? Tidur ka?

Akmal Manaf
Sep 141 min read


Zahid jangan bawa politik budak-budak ke Putrajaya – Mahfuz
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak seharusnya terlalu mempertikaikan perubahan nama daripada Kerajaan Perpaduan kepada Kerajaan MADANI kerana perkara lebih penting ialah amanah dan prestasi kerajaan kepada rakyat, kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar (gambar). Beliau berkata, politik negara tidak wajar dilayan seperti perebutan nama kumpulan permainan, sebaliknya semua parti dalam kerajaan perlu memberi tumpuan kepada kepentingan

Redzuan Shamsudin
Sep 122 min read


Krisis takhta NS: Rakyat berhak tahu siapa paksa MB tandatangan proklamasi
Rakyat Negeri Sembilan berhak mengetahui siapa yang didakwa memaksa Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim menandatangani Surat Cara Proklamasi yang dikaitkan dengan tindakan pemecatan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, kata Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar (gambar). Beliau berkata persoalan itu timbul selepas Ismail mengakui menandatangani dokumen berkenaan tetapi mendakwa tandatangannya dibuat tanpa rela hati dan secara paksaan (du

Suara Keadilan
Sep 102 min read


Pas jangan ghairah kejar kemenangan, 'janji syurga' beli undi
Pemimpin Pas diingatikan agar tidak terlalu ghairah mengejar kemenangan politik sehingga sanggup jadikan syurga sebagai "mata wang" untuk membeli undi rakyat. Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata Pas boleh meminta rakyat menyokong dan mengundi parti itu namun ia tidak pernah diberi mandat oleh Allah SWT untuk menentukan siapa yang akan masuk syurga. "Syurga bukan milik Pas. Syurga milik Allah. Jangan sampai Pas berlagak seperti penjaga pintu syurga, siapa pangkah P

Helmi Mohd Foad
Sep 72 min read


Mahu PRU segera, mandat baharu: Selesai dulu isu Tabung Haji - AMANAH
Pilihan Raya Umum (PRU) ke16 tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengelakkan atau menutup persoalan yang timbul daripada laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH), kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar. Beliau berkata mana-mana pihak yang mahu mendapatkan mandat baharu daripada rakyat perlu terlebih dahulu berani berdepan persoalan yang timbul daripada laporan RCI berkenaan, khususnya perkara membabitkan aman

Suara Keadilan
Sep 52 min read


Maulidur Rasul, merdeka: Bebaskan diri dari politik identiti, taksub
Sambutan Maulidur Rasul dan Hari Kebangsaan perlu menjadi ruang untuk rakyat bermuhasabah mengenai makna amanah, keadilan dan keberanian menegakkan kebenaran, kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar. Beliau berkata sambutan kedua-dua peristiwa penting itu tidak seharusnya sekadar tertumpu kepada amalan berselawat dan mengibarkan Jalur Gemilang, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui kehidupan serta sikap terhadap isu melibatkan kepentingan rakyat. "

Redzuan Shamsudin
Aug 302 min read


Doa pecah perut: Mufti perlu tegur MB Sanusi, bercanggah akhlak Islam
Mufti Kedah digesa tampil memberi panduan kepada umat Islam berhubung tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyeru orang ramai mendoakan keburukan terhadap individu yang tidak dipersetujuinya dalam pertikaian isu perjudian di negeri itu. Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata seruan supaya seseorang didoakan “pecah perut” tidak sepatutnya dibiarkan tanpa penjelasan daripada pihak berautoriti agama kerana ia menyentuh soal akhlak dan adab dalam Is

Helmi Mohd Foad
Aug 293 min read


Hapus judi: 'Pas dicabar masuk manifesto, dulu jadi kerajaan tak buat apa'
Pas dicabar membuktikan kesungguhan menghapuskan perjudian dengan memasukkan komitmen itu dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU) selepas parti tersebut didakwa hanya lantang membawa isu berkenaan ketika berada di luar Kerajaan Persekutuan. Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, Pas perlu menyatakan dasar dan mekanisme yang jelas sekiranya benar-benar berhasrat menghapuskan perjudian berlesen kerana sebelum ini parti berkenaan berada dalam Kerajaan Pe

Akmal Manaf
Aug 282 min read


Tubuh baharu: RCI bukan peperiksaan, boleh ulang sampai dapat markah 'A'
Cadangan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, supaya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu diwujudkan bagi menyiasat Tabung Haji dipersoalkan banyak pihak. Bagi Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar (gambar), bukan sahaja RCI sedia ada dibentuk oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang didominasi Umno dan Pas pada 2021 lalu, tetapi juga timbul persoalan akan keperluan RCI baharu yang mungkin hanya mahu dilihat hasilnya selari de

Suara Keadilan
Aug 262 min read


RCI TH: Jangan malukan Nabi Muhammad dengan mengkhianati akhlak baginda
Sambutan Maulidur Rasul perlu dijadikan ruang untuk umat Islam bermuhasabah mengenai sejauh mana akhlak dan ajaran Nabi Muhammad SAW diterapkan dalam kehidupan, masyarakat serta politik, kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar (gambar). Beliau berkata Maulidur Rasul bukan sekadar majlis berselawat atau memperingati sejarah kelahiran Nabi Muhammad SAW, sebaliknya perlu menjadi medan untuk menilai akhlak umat Islam. Menurut Mahfuz, Nabi Muhammad SAW m

Suara Keadilan
Aug 252 min read
bottom of page
