top of page

Berita


KPM teliti 12 resolusi Kongres Prauniversiti Madani - Fadhlina
DS Fadhlina pada Sesi Temu Anwar Sempena Ambang Merdeka Sahabat Madani di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun, di Bukit Mertajam, semalam Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggerakkan usaha menambah baik 12 resolusi dicadangkan wakil pelajar dalam Kongres Prauniversiti Madani Peringkat Kebangsaan. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, beliau mahu memastikan semua resolusi itu ermasuk cadangan berkaitan pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan

Suara Keadilan
Aug 291 min read


Bumbung runtuh: KPM salur RM2 juta kepada SMK Juasseh
Bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Juasseh di Negeri Sembilan Peruntukan RM2 juta diluluskan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi kerja-kerja pembaikan segera di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Juasseh, Negeri Sembilan susulan kejadian bumbung runtuh pada 18 Ogos lepas. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, pihaknya tidak berkompromi terhadap keselamatan pelajar, guru dan seluruh warga sekolah. "Susulan kejadian bumbung SMK Juasseh yang runtuh tempoh hari, saya t

Azuan Ab Rahman
Aug 231 min read


KPM perkasa kesejahteraan mental, emosi murid sekolah
Agenda Sekolah Selamat, Minda Sihat, Insan Sejahtera akan diperkukuh selaras Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035. Menurut Kementerian Pendidikan, ia bagi memastikan persekitaran sekolah lebih selamat, kondusif dan menyokong kesejahteraan murid secara menyeluruh. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM, Mohd Hanafi Samad berkata, ia dilaksana menerusi Program Minda Sihat merangkumi lima fokus utama, termasuk kempen kesedaran, saringan dan intervensi, konsult

Suara Keadilan
Aug 221 min read


KPM teliti merit kokurikulum sekolah penjara untuk ke universiti
Kementerian Pendidikan (KPM) sedia meneliti pemberian merit kokurikulum dan sukan kepada pelajar di institusi penjara bagi tujuan kemasukan ke universiti. Langkah itu untuk memastikan pelajar berkenaan mempunyai peluang meneruskan pendidikan ke peringkat lebih tinggi selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan keluar dari institusi berkenaan. "Kita (KPM) akan tengok markah penglibatan dalam kokurikulum untuk dipertimbangkan supaya selepas anak-anak selesai SPM, meri

Suara Keadilan
Aug 211 min read


Kerajaan peruntukkan RM807.5 bina 2,102 bilik darjah tambahan
Projek membina bilik darjah tambahan giat dilakukan di seluruh negara. Kredit foto: Newswav Sejumlah RM807.5 juta diperuntukkan oleh Kerajaan MADANI bagi 681 projek pembinaan 2,102 bilik darjah tambahan di sekolah seluruh negara. Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, peruntukan tersebut bagi memenuhi keperluan tambahan murid tahun satu sesi Kalendar Akademik 2027 dan projek pembinaan giat dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku agensi pelaksana. Menerusi satu kenyataan, ke

Azuan Ab Rahman
Aug 201 min read


Beri ruang KPM terangkan isu Polisi Perlindungan Murid - Fadhlina
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (gambar) menyeru warga pendidik memberi ruang untuk Kementerian Pendidikan (KPM) memperincikan pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menurut Fadhlina, dasar tersebut dirangka dengan mengutamakan aspek keselamatan murid, guru serta seluruh warga sekolah dan menjamin perlindungan menyeluruh kepada semua pihak yang berurusan dengan murid. "Saya telah meminta Ketua Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang KPM untuk mengadakan sat

Azuan Ab Rahman
Aug 141 min read


KPM gerak sokongan psikososial bantu warga sekolah
Segala bentuk ikhtiar bagi memastikan sokongan psikososial kepada warga sekolah berada pada tahap sebaiknya digerakkan susulan insiden kematian seorang guru wanita di Selangor, baru-baru ini. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (gambar) berkata, kementerian sentiasa mengambil berat aspek kesihatan mental warga pendidikan menerusi kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kementerian Kesihatan (KKM) dan kaunselor. Malah beliau secara peribadi mengambil maklum kegusaran d

Azuan Ab Rahman
Aug 41 min read


Persiapan kurikulum persekolahan 2027 giat dilaksana - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mempergiat persediaan bagi melaksanakan Kurikulum Persekolahan 2027. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (gambar) berkata, langkah ini merangkumi persediaan kemasukan awal murid Tahun Satu di semua peringkat, selaras dengan usaha reformasi pendidikan negara berpandukan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035. "RPM 2026–2035 menjadi kompas hala tuju strategik dalam meningkatkan mutu pendidikan negara," katanya menerusi hantaran di Faceb

Suara Keadilan
Jul 271 min read


Sekolah Sukan Malaysia Pendidikan Khas pertama siap Oktober depan
Fadhlina (berbaju kurung) melawat tapak projek di Bandar Enstek bagi melihat perkembangan pembinaan Sekolah Sukan Malaysia Pendidikan Khas (SSMPK) pertama di Bandar Enstek dijangka siap sepenuhnya Oktober depan. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, dengan adanya kemudahan itu kelak, ia bakal merealisasikan impian anak-anak berkeperluan khas untuk mendapat latihan sukan bertaraf tinggi. "Beberapa tahun lalu mungkin impian ini masih kelihatan jauh. Kini, hasil kerja keras

Azuan Ab Rahman
Jul 181 min read


Kerajaan MADANI perkukuh ekosistem pendidikan prasekolah - KPM
Kerajaan MADANI terus komited memperkukuh ekosistem pendidikan prasekolah bagi memenuhi keperluan masyarakat yang semakin meningkat. Kementerian Pendidikan pada selasa menyasarkan sebanyak 1,040 kelas prasekolah baharu akan dibuka dalam tempoh lima tahun pentadbiran Kerajaan MADANI. "Usaha ini membuktikan kesungguhan Kerajaan MADANI untuk memperkukuh ekosistem pendidikan awal serta memenuhi keperluan masyarakat yang semakin meningkat terhadap pendidikan prasekolah. "Ia sekal

Azuan Ab Rahman
Jul 81 min read


Siap terima dua kohort Tahun Satu 2027, sedia bilik darjah baharu - KPM
KPM menerima 73,386 permohonan murid berusia enam tahun untuk memasuki Tahun Satu pada 2027 selain 405,033 kanak-kanak berusia tujuh tahun.

Suara Keadilan
Jun 242 min read


Kementerian Pendidikan tambah dua kolej Tingkatan Enam
Akses pendidikan prauniversiti kini diperluas kepada lebih ramai pelajar di seluruh negara menerusi penubuhan dua buah kolej Tingkatan Enam baharu tahun ini Menteri Pendidikan (KPM) Fadhlina Sidek (gambar) berkata, penambahan Kolej Tingkatan Enam Alor Setar di Kedah dan Kolej Tingkatan Enam Gombak di Selangor menjadikan jumlah kolej Tingkatan Enam meningkat daripada 27 kepada 29 buah. Tambah beliau, ekosistem Tingkatan Enam kini merangkumi 29 kolej, 99 sekolah Mod 2 dan 502 s

Suara Keadilan
Jun 191 min read


Ibu bapa, masyarakat tonggak kejayaan reformasi pendidikan negara
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (gambar) menyeru penglibatan semua pihak termasuk ibu bapa dan masyarakat dalam menjayakan hala tuju pendidikan negara bagi tempoh sedekad akan datang. Menerusi hantaran di media sosial beliau berkata, komitmen dan sokongan jitu daripada semua pihak berkenaan amat diperlukan, khususnya dalam mendepani pelaksanaan kurikulum baharu prasekolah dan persekolahan tahun depan. "Kita baharu sahaja meluncurkan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026

Suara Keadilan
Jun 21 min read


80% permohonan guru "duka lara" selesai - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus memberi keutamaan terhadap isu perpindahan guru kategori “duka lara” khususnya melibatkan pasangan jarak jauh bagi memastikan kebajikan warga pendidik sentiasa terpelihara. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (gambar) berkata kementerian mengambil pendekatan lebih proaktif termasuk melonggarkan syarat permohonan perpindahan dengan mengurangkan tempoh kelayakan daripada tiga tahun kepada dua tahun sebelum seseorang guru boleh memohon

Suara Keadilan
May 162 min read


KPM semak semula subjek Pendidikan Moral SPM didakwa terlalu sukar
Kementerian Pendidikan (KPM) bakal melaksana semakan semula terhadap subjek Pendidikan Moral Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menterinya, Fadhlina Sidek (gambar) berkata, langkah itu susulan kebimbangan ibu bapa dan komuniti, khususnya masyarakat India yang menyuarakan isu mengenai tahap kesukaran subjek tersebut. Tambahnya, arahan telah diberikan kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk menilai semula kandungan serta kaedah pentaksiran subjek berkenaan. "Saya telah mengarah

Suara Keadilan
May 41 min read


KPM perkenal mentor menti, pastikan kesinambungan sastera Melayu
Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan program mentor menti bagi melahirkan lebih ramai pengarang muda dalam ekosistem sastera tanah air. Menterinya Fadhlina Sidek (gambar) berkata, program dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu bukan sekadar latihan, tetapi satu usaha tersusun untuk membina bakat daripada peringkat awal bagi memastikan kesinambungan dan kegemilangan sastera Melayu terus terpelihara. Tambahnya, program tersebut akan diselia secara langs

Suara Keadilan
Apr 292 min read


KPM giat perkukuh budaya membaca - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus memperkukuh budaya membaca dalam kalangan masyarakat menerusi pelbagai inisiatif sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Cipta Sedunia 2026. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (gambar) berkata, penganjuran sambutan itu bertujuan menyemarakkan budaya membaca, khususnya dalam kalangan generasi muda, selain menghargai sumbangan penulis dan pengkarya tempatan. "Pertama adalah soal budaya membaca, penekanan itu sangat penting kepada gen

Suara Keadilan
Apr 241 min read


KPM ambil tindakan segera selesai isu di SK Balaban Jaya
Murid SK Balaban Jaya terpaksa menggunakan khemah dan koridor masjid meneruskan sesi pembelajaran Tindakan segera bakal dilaksana bagi menangani isu akses pendidikan yang berbangkit di Sekolah Kebangsaan (SK) Balaban Jaya, Beluran di Sabah. Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, tindakan segera termasuk memindahkan murid terbabit secara sementara ke SK Pekan Beluran bagi memastikan pembelajaran murid tidak terjejas. Selain itu, pihaknya juga bakal menyediakan kemudahan pengang

Suara Keadilan
Apr 131 min read


Keselamatan sekolah berasrama dipertingkat, 300 pembantu warden
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, MyPWA berperanan membantu warden khususnya dalam pemantauan waktu malam bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid asrama diperkukuhkan sekaligus mengurangkan beban tugas para guru

Azuan Ab Rahman
Apr 91 min read


SPM 2025: GPK meningkat bukti keberkesanan intervensi KPM - Fadhlina
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang merekodkan pencapaian tertinggi dalam tempoh lima tahun membuktikan keberkesanan intervensi yang dilakukan secara berterusan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di semua peringkat. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (gambar) berkata, lebih membanggakan apabila pencapaian memberangsangkan ditonjolkan termasuk kohort pertama yang melalui sistem persekolahan tanpa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Ting

Suara Keadilan
Apr 12 min read
bottom of page
