top of page

Persiapan kurikulum persekolahan 2027 giat dilaksana - Fadhlina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mempergiat persediaan bagi melaksanakan Kurikulum Persekolahan 2027.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (gambar) berkata, langkah ini merangkumi persediaan kemasukan awal murid Tahun Satu di semua peringkat, selaras dengan usaha reformasi pendidikan negara berpandukan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035.


"RPM 2026–2035 menjadi kompas hala tuju strategik dalam meningkatkan mutu pendidikan negara," katanya menerusi hantaran di Facebook.


Menerusi hantaran sama Fadhlina turut memaklumkan pihaknya telah melaksana program TEKAD KPM peringkat daerah Seberang Perai Selatan yang berlangsung pada Sabtu.


Menurutnya menerusi program tersebut, maklumat terkait dasar dan semua inisiatif Kementerian dapat disampaikan secara terus, sekali gus membina kefahaman yang lebih baik dalam kalangan masyarakat.


"Agenda reformasi pendidikan negara hanya akan berjaya dengan penglibatan menyeluruh dan sokongan semua pihak.


"Kita perlu bergerak seiring sebagai satu pasukan dan bersama-sama berusaha membina ekosistem pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak Malaysia," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page