top of page

KPM perkenal mentor menti, pastikan kesinambungan sastera Melayu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 20 minutes ago
  • 2 min read

Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan program mentor menti bagi melahirkan lebih ramai pengarang muda dalam ekosistem sastera tanah air.


Menterinya Fadhlina Sidek (gambar) berkata, program dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu bukan sekadar latihan, tetapi satu usaha tersusun untuk membina bakat daripada peringkat awal bagi memastikan kesinambungan dan kegemilangan sastera Melayu terus terpelihara.


Tambahnya, program tersebut akan diselia secara langsung dan terus oleh Sasterawan Negara serta individu yang


"Usaha membina dan menggilap sasterawan yang berpotensi diangkat sebagai Sasterawan Negara perlu dilaksanakan secara berterusan serta konsisten.


"Laluan ini bermula sejak di bangku sekolah melalui galakan membaca dan menulis, pertandingan, bengkel asas serta program pengayaan sastera yang menyemai minat serta mencungkil bakat sejak usia muda.


"Usaha ini kemudian diperkukuh melalui bengkel lanjutan, klinik penulisan dan bimbingan bersama penulis mapan termasuk Sasterawan Negara yang membentuk kemahiran, disiplin serta jati diri penulis muda," katanya dipetik.


Fadhlina sebelumnya hadir ke acara pengumuman sarjana dan pemikir sastera negara, Dr Abd Rahman Napiah atau lebih dikenali sebagai Mana Sikana sebagai Sasterawan Negara ke-16 di Putrajaya pada Selasa.


Sementara itu menurut Fadhlina, program mentor menti itu dijangka memberi fokus kepada pelajar sekolah dan institut pendidikan guru (IPG) dengan karya Sasterawan Negara terus diperluas penggunaannya dalam sistem pendidikan.


"Paling penting, karya ini mesti terus hidup dalam masyarakat. Program ini menjadi landasan untuk memastikan kesinambungan itu berlaku secara terancang," katanya.


Sementara itu, sebagai mengulas penganugerahan gelaran Sasterawan Negara, ia jelasnya bukan saja dinilai melalui karya berkualiti tinggi, malah keupayaan mereka membaca realiti sosial dan menyuarakan isu masyarakat menjadikan mereka mentor paling sesuai dalam membentuk pemikiran generasi baharu.


Mengambil contoh tokoh terdahulu seperti Datuk Usman Awang dan Datuk Dr Shahnon Ahmad, Fadhlina berkata, pemerhatian sosial mereka sangat dekat dengan masyarakat. bukan sekadar penulis, tetapi suara kepada rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page