top of page

KPM semak semula subjek Pendidikan Moral SPM didakwa terlalu sukar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 days ago
  • 1 min read

Kementerian Pendidikan (KPM) bakal melaksana semakan semula terhadap subjek Pendidikan Moral Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Menterinya, Fadhlina Sidek (gambar) berkata, langkah itu susulan kebimbangan ibu bapa dan komuniti, khususnya masyarakat India yang menyuarakan isu mengenai tahap kesukaran subjek tersebut.


Tambahnya, arahan telah diberikan kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk menilai semula kandungan serta kaedah pentaksiran subjek berkenaan.

"Saya telah mengarahkan supaya semakan dan penambahbaikan dilakukan terhadap subjek Pendidikan Moral ini," katanya dipetik.


Fahdlina berkata begitu dalam ucapan di program pendidikan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Castlefield, di Subang Jaya pada Ahad.


Antara perkara yang dibangkitkan sebelum ini ialah format peperiksaan tertutup yang tidak membenarkan pelajar membawa pulang kertas soalan, sekali gus menyukarkan proses ulang kaji.


Selain itu, ambang 95 markah untuk memperoleh gred A+ bagi subjek tersebut juga didakwa membebankan pelajar.

Sementara itu Fadhlina dalam ucapannya menegaskan, sistem pendidikan masa kini menuntut kerjasama semua pihak bagi memastikan sistem sedia ada sentiasa relevan dan responsif terhadap keperluan semasa.


Dalam masa sama Kerajaan jelasnya komited mengekalkan dasar tawaran automatik ke program matrikulasi kepada pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan 10A dalam SPM tanpa mengira latar belakang.


"Ini adalah antara komitmen kerajaan untuk memastikan akses pendidikan yang lebih adil dan inklusif," tambahnya.

2 Comments


slope rider
slope rider
6 days ago

Menarik melihat usaha penambahbaikan dalam subjek Pendidikan Moral ini, terutama bila melibatkan isu format peperiksaan dan tekanan gred yang tinggi. Pendekatan yang lebih fleksibel memang penting supaya pelajar dapat belajar dengan lebih efektif. Saya rasa proses penyesuaian seperti ini sama seperti dalam Slope Rider, di mana pemain perlu sentiasa adapt dengan cabaran baru untuk terus maju.

Like
thanabalanmanikam
4 days ago
Replying to
  1. P moral, silibus kena rombak penuh.

  2. Kena masuk elemen agama bukan Islam. Tokoh bukan Islam perlu diberi peranan gubal sukatan sb libatksn pljr bukan Islam.

  3. Penilaian aras terlalu tinggi. Tak jelas. Soalan pep tertutup, tak bh jadikan panduan. Rahsia.

  4. Silibus tidak mendidik krn banyak salahlaku oleh pelajar. Teori shj tak bh dipakai. Isu semasa Dan masa depan tak nampak.

  5. Susah nak dapat markah walaupun semua subjek lain dapat A+.

  6. Macam subjek tak diberikan nilai. Ada guru yg tak ada subjek, engkau bh ajar moral. Pemantauan kena buat. Penekanan pd subjek agama dgn moral jauh beza.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page