top of page

Parti Kerajaan Perpaduan fokus khidmat kepada rakyat - Saifuddin

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) menyeru semua parti dalam Kerajaan Perpaduan kekal fokus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat bagi memastikan kemenangan pada pilihanraya akan datang.


Seruan itu dinyatakan menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebooknya pada Ahad. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai hasrat parti itu bergerak solo pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


"Orang bertanya pasal hasrat UMNO untuk gerak solo, bagi saya itu hal Pilihanraya ke-16.


"Perkara penting sekarang adalah beri perkhidmatan terbaik sebagai pasukan Perpaduan untuk kebaikan rakyat," kata Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN itu.


Terdahulu, Ahmad Zahid menerusi laporan media mengesahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) hampir pasti bergerak solo menghadapi pilihanraya akan datang.


Beliau bagaimanapun berkata, parti itu tidak boleh bertanding semua 222 kerusi Parlimen, mengambil kira persefahaman dengan parti rakan sahabat dalam Kerajaan Perpaduan.


"Kita tidak perlu bertanding semua 222 kerusi. Kita bertanding kerusi yang kita boleh menang dan tidak berlawan dengan parti sahabat.


"Selama ini pun memang kita bergerak solo, iaitu pada PRU14 dan PRU15. Namun, kita ambil kira 'understanding' (persefahaman) dengan parti-parti lain (luar BN), khususnya untuk mengelakkan pertindihan kerusi dan pertandingan tiga penjuru," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page