top of page

Kerajaan peruntukkan RM807.5 bina 2,102 bilik darjah tambahan

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 46 minutes ago
  • 1 min read
Projek membina bilik darjah tambahan giat dilakukan di seluruh negara. Kredit foto: Newswav
Projek membina bilik darjah tambahan giat dilakukan di seluruh negara. Kredit foto: Newswav

Sejumlah RM807.5 juta diperuntukkan oleh Kerajaan MADANI bagi 681 projek pembinaan 2,102 bilik darjah tambahan di sekolah seluruh negara.


Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, peruntukan tersebut bagi memenuhi keperluan tambahan murid tahun satu sesi Kalendar Akademik 2027 dan projek pembinaan giat dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku agensi pelaksana.


Menerusi satu kenyataan, kementerian itu berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM668 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan 524 projek melibatkan pembinaan 1,780 bilik darjah tambahan di sekolah-sekolah di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.


Pembinaan bilik darjah tambahan tersebut dijangka mampu menampung pertambahan 43,925 murid aliran perdana dan 5,250 murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)


"Projek ini adalah cerminan komitmen jitu kerajaan terhadap agenda pendidikan negara dan bagi memastikan pelaksanaan kemasukan murid umur enam tahun ke Tahun 1 berjalan lancar seperti yang dirancang," kata kenyataan itu.


Mengulas lanjut mengenai peruntukan tersebut, KPM memaklumkan 84 projek membabitkan pembinaan 210 bilik darjah tambahan dengan anggaran kos RM81.5 juta dilaksana menerusi JKR Sarawak.


Ia merangkumi 140 bilik darjah aliran perdana dan 70 bilik darjah PPKI bagi menampung pertambahan 4,900 murid aliran perdana serta 700 murid PPKI.


Manakala di Sabah pula, sebanyak 73 projek dilaksanakan membabitkan pembinaan 112 bilik darjah tambahan, terdiri daripada 92 bilik darjah aliran perdana dan 20 bilik darjah PPKI dengan anggaran kos RM58 juta.


Projek berkenaan dijangka dapat menampung pertambahan 3,920 murid aliran perdana dan 200 murid PPKI.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page