Sekolah Sukan Malaysia Pendidikan Khas pertama siap Oktober depan
- Azuan Ab Rahman

- Jul 18
- 1 min read

Sekolah Sukan Malaysia Pendidikan Khas (SSMPK) pertama di Bandar Enstek dijangka siap sepenuhnya Oktober depan.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, dengan adanya kemudahan itu kelak, ia bakal merealisasikan impian anak-anak berkeperluan khas untuk mendapat latihan sukan bertaraf tinggi.
"Beberapa tahun lalu mungkin impian ini masih kelihatan jauh. Kini, hasil kerja keras semua ia semakin hampir menjadi kenyataan," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Terdahulu Fadhlina hadir meninjau sendiri tapak projek bagi melihat perkembangan pembinaan yang sedang giat dijalankan.
Pembinaan sekolah tersebut membabitkan bernilai lebih RM66.5 juta dan telah mencapai kemajuan 95 peratus siap.
Ia dilengkapi blok akademik dengan 24 bilik darjah, padang, trek olahraga, pelbagai kelengkapan sukan serta fasiliti lain.
"SSMPK menyasarkan untuk melahirkan atlet murid berprestasi tinggi yang mampu mengharumkan nama negara pada masa hadapan.
"Terdirinya sekolah sukan ini menjadi bukti iltizam dan perjuangan berterusan kami untuk memastikan akses pendidikan terbaik bagi anak-anak berkeperluan pendidikan khas," katanya.




Comments