top of page

KPM teliti 12 resolusi Kongres Prauniversiti Madani - Fadhlina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read
DS Fadhlina pada Sesi Temu Anwar Sempena Ambang Merdeka Sahabat Madani di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun, di Bukit Mertajam, semalam
DS Fadhlina pada Sesi Temu Anwar Sempena Ambang Merdeka Sahabat Madani di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun, di Bukit Mertajam, semalam

Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggerakkan usaha menambah baik 12 resolusi dicadangkan wakil pelajar dalam Kongres Prauniversiti Madani Peringkat Kebangsaan.


Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, beliau mahu memastikan semua resolusi itu ermasuk cadangan berkaitan pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan Enam dapat dilaksanakan dengan baik.


"Dalam 12 resolusi itu, salah satu yang diangkat oleh perwakilan Tingkatan Enam adalah berkenaan elaun untuk anak-anak Tingkatan Enam.


"Jadi, saya terima sepenuhnya anak-anak (resolusi itu) yang kita akan tambah baik resolusi itu dan kita sedang mencari jalan bagaimana kita boleh memastikan 12 resolusi itu akan dapat dilaksanakan dengan baik," katanya dipetik laporan media.


Fadhlina berkata begitu menerusi ucapan pada Sesi Temu Anwar Sempena Ambang Merdeka Sahabat Madani di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun, di Bukit Mertajam pada Jumaat.


Sementara itu menerusi ucapannya, turut menzahirkan penghargaan kepada IPG atas peranan institut berkenaan dalam memantapkan mutu pendidikan negara.


Beliau memaklumkan pengisian guru di Malaysia ketika ini mencapai 98 peratus, hasil kerja keras yang dilaksanakan selama berdekad lamanya.


"Jadi kita melihat bahawa pengisian guru ini sangat kritikal dan mesti dipastikan sentiasa berada dalam keutamaan dalam unjuran profesion," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page