top of page

Bumbung runtuh: KPM salur RM2 juta kepada SMK Juasseh

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 21 hours ago
  • 1 min read
Bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Juasseh di Negeri Sembilan
Bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Juasseh di Negeri Sembilan

Peruntukan RM2 juta diluluskan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi kerja-kerja pembaikan segera di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Juasseh, Negeri Sembilan susulan kejadian bumbung runtuh pada 18 Ogos lepas.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, pihaknya tidak berkompromi terhadap keselamatan pelajar, guru dan seluruh warga sekolah.


"Susulan kejadian bumbung SMK Juasseh yang runtuh tempoh hari, saya telah meminta supaya tindakan pembaikan dilaksanakan dengan segera.


"Semoga seluruh warga SMK Juasseh terus berada dalam keadaan sejahtera dan sekolah ini dapat kembali beroperasi seperti biasa dengan persekitaran yang lebih selamat," kata Ketua Wanita KEADILAN itu menerusi hantaran di Facebook.


Menurut laporan media sebelum ini, kejadian berlaku sekitar jam 12 tengah hari melibatkan bumbung makmal sekolah dan tidak melibatkan sebarang mangsa.

Kawasan telah dikosongkan dan diarah tidak digunakan sehingga disahkan selamat.


Sementara itu Fadhlina menerusi hantaran sama merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah yang memberikan kerjasama bagi memastikan kerja-kerja pembaikan dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page