top of page

Berita


Apakah judi berlesen masalah utama di Kedah?
Naratif pemimpin Pas Kedah, terutama Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Sanusi Md Nor yang menyerang Perdana Menteri dalam isu judi berlesen di negeri berkenaan menimbulkan tanda tanya. Bagi Penggerak Rakan Nasionalis Moderat, Dr Muhammad Faiz Na'aman, kecaman Sanusi terhadap Kerajaan Persekutuan yang tertakluk kepada Perlembagaan dalam hal judi berlesen memberi gambaran seolah olah masalah tersebut amat besar dan membelenggu majoriti rakyat di negeri itu, hingga Kerajaan N

Hasbul Ahmad
5 days ago2 min read


Jangan jadikan isu judi berlesen modal politik - Dr Muhammad Faiz
Usaha mengharamkan judi berlesen untuk bukan Islam di Kedah perlu dilihat dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan pembahagian kuasa antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan, bukannya dijadikan modal politik untuk menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Kerajaan MADANI. Penggerak Rakan Nasionalis Moderat, Dr Muhammad Faiz Bin Na'aman berkata, sasaran sebenar kempen berkenaan dilihat bukan semata-mata atas pertimbangan agama, sebaliknya sengaja dij

Hasbul Ahmad
6 days ago2 min read


Doa pecah perut: Mufti perlu tegur MB Sanusi, bercanggah akhlak Islam
Mufti Kedah digesa tampil memberi panduan kepada umat Islam berhubung tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyeru orang ramai mendoakan keburukan terhadap individu yang tidak dipersetujuinya dalam pertikaian isu perjudian di negeri itu. Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata seruan supaya seseorang didoakan “pecah perut” tidak sepatutnya dibiarkan tanpa penjelasan daripada pihak berautoriti agama kerana ia menyentuh soal akhlak dan adab dalam Is

Helmi Mohd Foad
Aug 293 min read


Terima RCI TH: Utamakan institusi umat Islam, bukan kepentingan politik
Semua pihak yang sebelum ini mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) untuk menyiasat sama ada aset TH dijual kepada bukan Islam oleh Kerajaan Pakatan Harapan 1.0, diseru agar berani menerima segala dapatan laporan berkenaan selepas ia didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Mohammad Fitri Ismail berkata, siasatan telah dijalankan dan laporan berkenaan juga sudah didedahkan kepada orang ramai, justeru s

Akmal Manaf
Aug 282 min read


Kritik berasaskan fakta, MB Sanusi tidak wajar memaki PM - Azman
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terus menjadi sasaran kritikan apabila kenyataannya yang didakwa menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap keterlaluan dan bercanggah dengan prinsip politik matang yang menghormati perbezaan pandangan. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Azman Abidin (gambar) berkata, Sanusi sepatutnya belajar membezakan antara ketegasan dan kekasaran setelah dua penggal menjadi MB

Akmal Manaf
Aug 282 min read


Kerajaan MADANI tidak pernah lulus lesen judi baharu - MOF
Kerajaan MADANI tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen atau permit perjudian baharu serta tidak menambah bilangan premis perjudian sejak mengambil alih pentadbiran Persekutuan pada akhir 2022. Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan jumlah lesen dan permit yang masih berkuat kuasa ketika ini adalah berdasarkan kelulusan lesen sedia ada sejak 1990-an. "Kerajaan MADANI tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen atau permit perjudian baharu dan tidak menambah bilangan kedai perjud

Helmi Mohd Foad
Aug 272 min read


Jangan maki PM, waktu Pas dalam kerajaan cabutan judi bertambah - Amidi
Pemimpin perlu menunjukkan contoh akhlak yang baik dan mengelakkan makian terhadap sesama Muslim, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan (gambar). Beliau berkata penggunaan perkataan “celaka” seperti yang diungkapkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam ceramahnya berhubung isu lesen judi di Kedah semalam merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima. "Makian ‘celaka’ sebagaimana yang diungkapkan adalah perbuatan y

Suara Keadilan
Aug 272 min read


'Wajib undi Pas hapus judi, waktu jadi kerajaan tidak hapus pun'
Pas sering menggunakan dalil agama bagi mempengaruhi pengundi termasuk dalam isu penghapusan judi, kata Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni. Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis itu menyifatkan alasan parti berkenaan menggunakan dalil agama dalam propaganda perjuangan mereka hanyalah cara untuk mendapatkan kuasa politik. "Pas selalu guna dalil untuk mempengaruhi pengundi. Dalam erti kata lain, ia suka menjadi penunggang agama. "Mereka menggunakan alasan agama untu

Akmal Manaf
Aug 271 min read


Isu lesen judi di Kedah: Keputusan Mahkamah tiada kena mengena dengan PM
KEADILAN Kedah mengecam tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menyalahkan Perdana Menteri susulan kegagalan Kerajaan Negeri mempertahankan dasar menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen premis perjudian. Pengarah Komunikasi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Kedah, Tunku Nashrul Abaidah (gambar) berkata tindakan Sanusi mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isu berkenaan tidak berasas memandangkan pertikaian itu berpunca daripada ke

Helmi Mohd Foad
Aug 272 min read


Rasuah REE: Bekas Setiausaha Politik MB Sanusi diarah bela diri
Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Mohamad Hilmi Abdul Wahab (gambar) diarah membela diri atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah. Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Suzana Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pemimpin Pas itu. Dipetik laporan media, Suzana turut menetapkan empat hari bermula 9 Okt ini bagi prosiding bela diri. Terdahulu, Mohamad Hilmi dituduh meminta suapan wang tunai berjumlah

Suara Keadilan
Aug 211 min read


Meskipun berlainan parti PM jamin projek pembangunan Kedah terus dilaksana
DS Anwar berucap di Sesi Temu Mesra bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Negeri Kedah di Merbok Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan memastikan projek pembangunan penting di Kedah terus dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat meskipun berlainan parti memerintah. PM berkata antara tumpuan termasuk projek tebatan banjir serta usaha memperkukuh sektor pertanian di negeri it

Suara Keadilan
Jun 81 min read


'Beras tempatan RM60 10 kilo jika harga lantai RM3,000, baik beli beras import'
Tawaran Perikatan Nasional (PN) menetapkan harga lantai belian padi pada kadar RM3,000 bagi setiap tan metrik sekiranya diberi mandat membentuk Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16 disifatkan hanya retorik politik untuk meraih sokongan rakyat. Mantan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail (gambar) berkata, harga sesuatu komoditi lazimnya ditentukan berdasarkan faktor permintaan dan bekalan pasaran, bukannya berdasarkan janji politik. "Kalau harga bel

Akmal Manaf
May 92 min read


Kerajaan Persekutuan ambil alih projek LRA Sungai Limau, Kedah
Akmal (tengah) mengadakan lawatan ke Projek Naik Taraf Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau di Baling Kerajaan Persekutuan membuat keputusan untuk mengambil alih pelaksanaan Projek Naik Taraf Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau di Baling, Kedah susulan kegagalan projek tersebut. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, projek bernilai hampir RM100 juta itu hanya mencapai kemajuan sekitar 15 hingga 20 peratus sebelum kontrak ditamatkan tahun lalu. "Pihak saya amat d

Suara Keadilan
May 81 min read


Ada maklumat menarik Projek Litar Lumba Sungai Petani - Saifuddin
Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan terhadap beberapa isu membabitkan pembinaan Projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani bernilai RM75 juta. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) dipetik berkata, siasatan dijalankan termasuk dakwaan kemungkinan berlaku penyelewengan dalam projek berkenaan. "Saya difahamkan ada pihak yang sudah membuat laporan, kalau betul ada (penyelewengan), saya serah pada autoriti berkenaan (untuk siasat). "Pada pe

Suara Keadilan
May 51 min read


Percepat pelaksanaan langkah bantu pesawah, pengusaha jentera padi - AMK Kedah
Kerajaan diharap mempercepatkan pelaksanaan langkah-langkah yang dirangka bagi membantu pesawah dan pengusaha jentera padi dengan memastikan setiap inisiatif benar-benar berpandukan realiti di lapangan. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Fitri Ismail berkata, insiatif tersebut amat dinantikan-nantikan memandang negeri berkenaan merupakan antara jelapang padi utama. "Ramai pesawah dan pengusaha jentera di negeri ini bergantung sepenuhnya kepada kestabilan kos untuk mema

Akmal Manaf
Apr 131 min read


Dua beradik tercicir sekolah akibat himpitan hidup
Dua beradik tercicir dari alam persekolahan di Taman Naka Jaya, Kedah perlu dibela. Foto ihsan Utusan Himpitan hidup yang berpanjangan memaksa dua beradik di Naka, Padang Terap, Kedah tercicir daripada sistem pendidikan apabila mereka tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah walaupun kini sudah berusia lapan dan sembilan tahun. Muhamad Rizhan Rizqi dan adiknya, Muhamad Raiqal Rayyan, sepatutnya berada di Tahun Dua dan Tiga pada tahun ini, namun kekangan hidup yang dihadapi ib

Suara Keadilan
Apr 32 min read


WFH kurangkan guna bahan api, ringan kos hidup - AMK Kedah
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Ketua AMK Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim yang menggesa sektor swasta melihat pelaksanaan kerja dari rumah (WFH) sebagai langkah progresif dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi semasa. Ketua AMK Kedah, Mohammad Fitri Ismail berkata, negara memerlukan keberanian untuk menyesuaikan diri dengan model kerja yang lebih fleksibel, inovatif dan berorientasikan masa depan di saat dunia sedang berdep

Akmal Manaf
Mar 182 min read


Sokong pendirian PM kutuk serangan AS - Israel ke atas Iran - KEADILAN Kedah
Penerangan KEADILAN Kedah dan Sekretariat StratKomPen KEADILAN Kedah hari ini menzahirkan sokongan penuh terhadap pendirian tegas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutuk serangan Israel dan sekutunya terhadap Iran. Ketua Penerangan KEADILAN Kedah, Datuk Romli Ishak berkata, pihaknya mengambil perhatian serius terhadap perkembangan konflik di Asia Barat yang melibatkan Iran, Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Beliau berkata, Malaysia secara konsisten menegas

Akmal Manaf
Mar 62 min read


AMK Kedah kecam poster palsu mahu roboh kuil jika BN-PH menang
Ketua Angkatan Muda (AMK) Kedah, Mohammad Fitri Ismail membidas keras penyebaran poster palsu menggunakan logo lidah rasmi parti, Suara Keadilan yang mengaitkan isu rumah ibadat sambil menyifatkan dakwaan tersebut sebagai pembohongan melampau dan berniat jahat bertujuan menakutkan rakyat serta mengapi-apikan sentimen agama dan kaum. Beliau menyifatkan, politik yang bergantung kepada ketakutan, pembohongan dan provokasi agama bukan sahaja tidak bermaruah, malah berbahaya kepad

Akmal Manaf
Mar 61 min read


'Lawatan Saifuddin pantau projek, MB Kedah 'balun' kata kerja pilihanraya'
Begitu banyak projek dijaga DS Saifuddin di Kedah, kedatangan bukan menabur gula gula pilihanraya Tuduhan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa lawatan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ke negeri itu sebagai kempen pilihanraya sebagai tidak berasas dan bermotif politik. Aktivis Pakatan Harapan, Syam Ghaz berkata, kehadiran Saifuddin adalah atas kapasiti rasmi sebagai Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi Majlis Pembangunan Ekonomi

Helmi Mohd Foad
Mar 22 min read
bottom of page
