Percepat pelaksanaan langkah bantu pesawah, pengusaha jentera padi - AMK Kedah
- Akmal Manaf

- 2 hours ago
- 1 min read

Kerajaan diharap mempercepatkan pelaksanaan langkah-langkah yang dirangka bagi membantu pesawah dan pengusaha jentera padi dengan memastikan setiap inisiatif benar-benar berpandukan realiti di lapangan.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Fitri Ismail berkata, insiatif tersebut amat dinantikan-nantikan memandang negeri berkenaan merupakan antara jelapang padi utama.
"Ramai pesawah dan pengusaha jentera di negeri ini bergantung sepenuhnya kepada kestabilan kos untuk memastikan kelangsungan pengeluaran padi.

"Justeru, adalah diharapkan agar segala perancangan ini dapat dipercepatkan pelaksanaannya dan benar-benar mengambil kira realiti di lapangan.
"Terima kasih Kerajaan MADANI kerana mendengar dan mengambil langkah proaktif dengan meneliti kaedah terbaik untuk membantu pesawah dan pengusaha jentera padi yang semakin tertekan dengan kenaikan kos operasi," katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, dilaporkan cadangan peluasan kaedah penyasaran subsidi diesel serta penggunaan kad armada bagi memudahkan pengusaha jentera padi mendapatkan bahan api pada kadar bersubsidi sedang dipertimbangkan kerajaan.
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, langkah itu dilihat antara usaha bagi membantu pesawah dan pengusaha jentera padi yang terkesan akibat peningkatan kos input pertanian susulan lonjakan harga bahan api global.
Katanya, penelitian dilakukan secara menyeluruh bagi memastikan bantuan yang dirangka benar-benar berkesan.




Comments