Ada maklumat menarik Projek Litar Lumba Sungai Petani - Saifuddin
- Suara Keadilan

- May 5
- 1 min read

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan terhadap beberapa isu membabitkan pembinaan Projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani bernilai RM75 juta.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) dipetik berkata, siasatan dijalankan termasuk dakwaan kemungkinan berlaku penyelewengan dalam projek berkenaan.
"Saya difahamkan ada pihak yang sudah membuat laporan, kalau betul ada (penyelewengan), saya serah pada autoriti berkenaan (untuk siasat).
"Pada peringkat ini saya tak mahu beri sebarang komen, walaupun hakikatnya saya ada banyak maklumat berkaitan. Kadang-kadang apa yang saya cakap akan diberi tafsiran wujudnya motif politik dan sebagainya, jadi biar proses siasatan dilakukan dahulu," katanya dipetik.
Saifuddin sebelumnya menghadiri Majlis Sentuhan Budi Mangsa Ribut Bandar Baharu semalam.
Terdahulu, Pengerusi AMANAH Kedah Asmirul Anuar Aris mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya melaksanakan audit ke atas Projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani.
Beliau menerusi satu kenyataan membangkitkan isu dana RM20 juta yang didakwa sudah disalurkan bagi projek tersebut dan menuntut penjelasan di mana wang itu telah dibelanjakan sekiranya ia sememangnya telah disalurkan.
Sementara itu, Saifuddin berkata, MB Sanusi tidak boleh mengelak daripada memikul tanggungjawab apabila mengumumkan projek terbabit secara besar-besaran pada 2022.
"Saya tahu apa yang tersurat dan tersirat di sebalik projek berkenaan. Sampai masanya saya akan sebut beberapa maklumat menarik di sebalik projek demikian.
"Cuma yang nak saya sebut bahawa tak sama masa jadi pembangkang berucap dan diberi tanggungjawab sebagai kerajaan yang bercakap. Apabila jadi kerajaan, kita ada tanggungjawab dan pertangungjawaban.
"Kalau sudah umum, bukan satu, bukan dua, bahkan tujuh ke lapan projek, jadi rakyat akan mula melihat setelah sekian lama tak akan satu pun tak siap, takkan semua orang salah," katanya.




https://tylebong88.com/ mình ghé thử cho biết vì thấy mấy ông bạn hay nói, chủ yếu xem trang bố cục ra sao thôi. Vừa vào là thấy tiêu đề kiểu “Chào Mừng Đến Website Của Chúng Tôi” đặt khá rõ, nên kéo xuống không bị rối hay phải đoán đang ở mục nào. Mình cũng để ý phần nổi bật có mấy khối dạng “Review / Visit” xếp gọn theo hàng, nhìn lướt là hiểu đây là chỗ tổng hợp đánh giá với thông tin khuyến mãi cơ bản. Không cần bấm nhiều vẫn nắm được trang đang tập trung vào cái gì, kiểu xem nhanh cũng ổn. Nói chung giao diện nhìn thoáng, chữ dễ đọc, và mấy block “Review…