top of page

Kerajaan Persekutuan ambil alih projek LRA Sungai Limau, Kedah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 8
  • 1 min read
Akmal (tengah) mengadakan lawatan ke Projek Naik Taraf Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau di Baling
Akmal (tengah) mengadakan lawatan ke Projek Naik Taraf Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau di Baling

Kerajaan Persekutuan membuat keputusan untuk mengambil alih pelaksanaan Projek Naik Taraf Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau di Baling, Kedah susulan kegagalan projek tersebut.


Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, projek bernilai hampir RM100 juta itu hanya mencapai kemajuan sekitar 15 hingga 20 peratus sebelum kontrak ditamatkan tahun lalu.


"Pihak saya amat dikesal apabila projek kritikal seperti bekalan air mengambil masa terlalu lama sehingga terpaksa melalui proses tender semula dan tindakan amaran kepada pihak berkaitan.


"Projek sebegini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana kesannya ditanggung oleh rakyat. Sebab itu Kerajaan Persekutuan terpaksa membuat intervensi dan turun melihat sendiri keadaan di tapak bagi memastikan isu pelaksanaan diselesaikan segera," katanya dipetik.


Terdahulu, Akmal mengadakan lawatan bagi meninjau perkembangan terkini Projek Naik Taraf LRA Sungai Limau dan LRA Bukit Selambau.


Mengulas lanjut beliau berkata, Kerajaan Persekutuan dijangka perlu menambah kira-kira RM50 juta bagi menyelamatkan projek tersebut demi kepentingan rakyat Kedah.

Sementara itu beliau memaklumkan, bagi LRA Bukit Selambau di Kuala Muda, kemajuan fizikal semasa berada pada tahap 51.28 peratus berbanding jadual asal 58.02 peratus.


Susulan itu, surat amaran kemungkiran juga telah dikeluarkan kepada kontraktor untuk tindakan selanjutnya.


Sebagai rekod, Akmal Nasrullah ketika menjawat Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan rasa kesal kerana projek LRA Sungai Limau gagal disiapkan.


Hal itu berlaku meskipun Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berjanji untuk menyelesaikannya pada Januari 2024.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page