Meskipun berlainan parti PM jamin projek pembangunan Kedah terus dilaksana
- Suara Keadilan

- 2 hours ago
- 1 min read

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan memastikan projek pembangunan penting di Kedah terus dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat meskipun berlainan parti memerintah.
PM berkata antara tumpuan termasuk projek tebatan banjir serta usaha memperkukuh sektor pertanian di negeri itu.
"Kedah bukan satu parti dengan Persekutuan. Saya tiada masalah dengan projek tebatan banjir, saya tetap memberi peruntukan yang sama. Itu tanggungjawab persekutuan.
"Kita belanjakan RM1 bilion sebab saya tahu antara keluarga paling miskin di Malaysia secara umumnya merupakan keluarga penanam padi. Justeru itu kita cari jalan nak menyelesaikannya," katanya dipetik.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berucap pada Sesi Mesra bersama Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Negeri Kedah di Merbok pada Ahad.
Selain projek tebatan banjir, Kerajaan MADANI juga jelasnya memberi tumpuan khusus kepada golongan pesawah melalui peruntukan disalurkan menerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi meningkatkan hasil pengeluaran dan pendapatan hasil.
Masa depan negara juga jelasnya amat bergantung kepada keupayaan menguasai teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan dan ekonomi digital.
Sehubungan itu pelaburan berbilion ringgit dalam sektor teknologi sedang dibawa masuk ke beberapa negeri termasuk Kedah, Selangor, Sabah dan Sarawak bagi memastikan Malaysia terus kekal berdaya saing.




Comments