top of page

Berita


Kapal Malaysia dibenar lepasi Selat Hormuz, bekalan tenaga terjamin
Pembukaan laluan kepada kapal Malaysia di Selat Hormuz dilihat sebagai langkah awal yang signifikan dalam meredakan tekanan terhadap bekalan minyak negara, meskipun ia belum menjadi penyelesaian menyeluruh kepada kenaikan harga. Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Nabil Halimi berpendapat, dalam suasana geopolitik yang tidak menentu, keutamaan kini bukan sekadar mengekang harga, tetapi memastikan jaminan bekalan agar negara tidak berdepan risiko gangguan rantaian d

Akmal Manaf
Mar 311 min read


KPT pantau keselamatan pelajar di negara Teluk
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memantau rapi keselamatan pelajar Malaysia di Asia Barat susulan ketegangan akibat konflik Amerika Syarikat (AS)-Israel dan Iran ketika ini. Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kementeriannya sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar bagi memantau situasi semasa khususnya di negara-negara Teluk yang berpotensi terkesan konflik tersebut. Tambahnya, maklumat awal menunjukkan tindak balas Iran lebih tertumpu kepada in

Suara Keadilan
Mar 311 min read


Pembangkang hidup dengan manipulasi isu harga minyak - Lokman
Pembangkang Malaysia didakwa hidup melalui penyelewengan fakta dengan mengelirukan rakyat berkaitan krisis bahan api global yang dihadapi masyarakat susulan konflik di Asia Barat. Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam berkata pembangkang memilih untuk berpura-pura tidak tahu daripada mengakui hakikat bahawa harga bahan api global meningkat tinggi akibat gangguan bekalan. "Apabila bekalan terancam, harga akan meningkat. Semudah itu. Tiada retorik politik ya

Helmi Mohd Foad
Mar 302 min read


Asia Barat: Malaysia perlu desak reda ketegangan, rakyat wajib bersatu
Malaysia perlu memainkan peranan lebih tegas di pentas antarabangsa bagi meredakan ketegangan (de-eskalasi) konflik di Asia Barat, di samping memperkukuh perpaduan nasional sebagai benteng menghadapi tekanan global, kata Ahli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee. Beliau menegaskan kerajaan perlu menggunakan semua saluran diplomatik untuk menggesa kuasa besar, khususnya Amerika Syarikat (AS) agar mengelakkan sebarang serangan darat ke atas Iran. "Saya menggesa kerajaan Malaysia unt

Redzuan Shamsudin
Mar 302 min read


Diplomasi strategik kukuh kedudukan Malaysia hadapi krisis global
Malaysia kekal berada dalam keadaan terkawal dalam mendepani konflik di Asia Barat, hasil pendekatan proaktif diplomasi strategik Kerajaan MADANI serta kerjasama berterusan di peringkat serantau dan global. Pegawai Strategik (Perhubungan Awam), Cinta Gaza Malaysia, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dipetik laporan media pada Sabtu berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil langkah awal bagi memastikan rantaian bekalan negara terus stabil. An

Suara Keadilan
Mar 291 min read


Harga minyak: Konflik Asia Barat tingkatkan kos pengangkutan, insurans perkapalan
Hujah penyokong pembangkang bahawa harga minyak Malaysia boleh dikekalkan murah mengingkari realiti kerana hampir 50% keperluan petroleum negara diimport dari negara Asia Barat yang sedang berkonflik. Menurut Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Melaka, Eddiarman Mohd Yunos, kebergantungan kepada import bahan api itu menyukarkan usaha untuk kerajaan mengawal harga. Biarpun, katanya, kapal minyak Malaysia dibenarkan Iran untuk belayar di Selat Hormuz namun ko

Akmal Manaf
Mar 282 min read


Strategi 'penyelarasan sementara' kerajaan tangani krisis tenaga global tepat
Langkah penyelarasan sementara berkaitan minyak yang dilaksanakan kerajaan dalam menghadapi ketidaktentuan global disifatkan sebagai pendekatan proaktif dan seimbang bagi memastikan kestabilan ekonomi serta kebajikan rakyat terus terpelihara. Ahli Dewan Negeri Kajang, David Cheong berkata, krisis tenaga global akibat konflik berpanjangan di Asia Barat kini memberi tekanan besar kepada ekonomi dunia termasuk Malaysia dan hal itu tidak boleh dipandang remeh. "Krisis tenaga glob

Redzuan Shamsudin
Mar 282 min read


Minyak Malaysia sesuai untuk kegunaan kapal terbang, petrokimia
Zainal Rashid aktif menjelaskan mengenai konflik di Timur Tengah termasuk pergerakan harga minyak global Dakwaan bahawa Malaysia boleh menikmati harga petrol lebih murah hanya dengan menggunakan sepenuhnya minyak keluaran sendiri disifatkan sebagai tidak berasas. Aktivis kemanusiaan dan bekas wartawan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) menjelaskan hal ini kerana sistem industri minyak negara telah lama dibangunkan untuk pasaran eksport dan kegunaan sektor strategik seperti penerbanga

Akmal Manaf
Mar 272 min read


'Spin' fakta harga minyak dunia turun kelirukan rakyat - Intelek
Dakwaan bahawa kerajaan menaikkan harga bahan api ketika harga minyak dunia kononnya sedang menurun disifatkan sebagai tidak tepat dan mengelirukan, demikian menurut Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob. Beliau menjelaskan naratif tersebut dibina warga net berdasarkan tafsiran separuh benar terhadap data pasaran global tanpa mengambil kira konteks sebenar yang mempengaruhi penetapan harga bahan api di Malaysia. "Poster yang tular hanya m

Helmi Mohd Foad
Mar 272 min read


Malaysia ambil maklum Iran sedia runding tamat perang secara muktamad - PM
DS Anwar menghubungi rakan sejawatnya Masoud Pezeshkian membincangkan situasi perang Iran-AS, Israel Malaysia mengambil maklum kesediaan Iran untuk berunding dengan syarat penamatan perang secara muktamad, demikian menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata pengalaman sebelum ini membuktikan gencatan senjata tanpa jaminan kukuh hanya akan mengulang kitaran keganasan seperti di Gaza dan Lebanon. "Saya turut mengambil maklum kesediaan Iran untuk berunding, dengan

Helmi Mohd Foad
Mar 271 min read


Iran beri laluan kapal minyak negara lepasi Selat Hormuz, M'sia ucap terima kasih
DS Anwar mengucapkan terima kasih kerana membenarkan kapal minyak Malaysia melepasi Selat Hormuz Di sebalik ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat, Malaysia merakamkan ucapan terima kasih kepada Iran kerana memberi laluan selamat kepada kapal minyak negara ini sekali gus menjamin keselamatan rakyat tempatan yang terlibat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan konflik melibatkan Iran dan Israel kini semakin meruncing serta berpotensi mencetuskan

Helmi Mohd Foad
Mar 272 min read


Lancar pakej rangsangan ekonomi tangani kesan krisis Asia Barat - AMK
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa kerajaan melancarkan pakej rangsangan ekonomi bagi menguruskan krisis berskala besar susulan kemelut geopolitik di Asia Barat. Naib Ketua AMK, Nabil Halimi berkata, langkah pengendalian ekonomi itu perlu memberi fokus kepada aspek bantuan kos sara hidup, penstabilan rantaian bekalan dan logistik serta sokongan kepada perniagaan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS). "Pekej rangsangan ini perlu meliputi perlindungan pekerjaan dan

Azuan Ab Rahman
Mar 271 min read


Malaysia import hampir 50% minyak kegunaan domestik, terdedah kepada konflik
Tular di media sosial video lama Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum 2008 berhubung isu harga minyak dan Malaysia sebagai pengeluar minyak. Namun beberapa netizen tampil menerangkan konteks semasa dengan menyifatkan keadaan industri tenaga negara kini jauh berbeza berbanding hampir dua dekad lalu. Menerusi perkongsian Ahmad Mursi di Facebook, beliau tampil menjelaskan sebelum tahun 2010, Malaysia merupakan pengeksport bersih minyak dengan jumlah p

Akmal Manaf
Mar 262 min read


Malaysia sokong dialog AS-Iran anjuran Pakistan akhiri konflik Asia Barat
DS Anwar dalam siaran media menyokong Pakistan sebagai tuan rumah rundingan AS-Iran Malaysia menyambut baik tawaran Pakistan untuk menjadi tuan rumah dialog antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, dalam usaha meredakan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tawaran tersebut merupakan langkah tepat dan diharap membawa penyelesaian kepada konflik yang telah sebulan berlarutan. "Saya mengalu-alukan tawaran Pakistan yang t

Redzuan Shamsudin
Mar 252 min read


Krisis Asia Barat: Malaysia perinci langkah hadapi impak ekonomi
Kerajaan akan memperinci langkah menghadapi impak ekonomi susulan krisis Asia Barat dalam mesyuarat khas Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini, demikian kata Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ketetapan itu diambil dalam sidang khas MKN dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya semalam yang menumpukan kepada konflik Asia Barat. "Malaysia harus terus bersiap sedia untuk menghadapi situasi konflik yang berpanjangan yang akan membawa implikasi e

Helmi Mohd Foad
Mar 252 min read


Filipina isytihar darurat tenaga, ratusan stesen minyak ditutup
Krisis bekalan minyak global semakin meruncing susulan konflik berterusan di Asia Barat dengan terbaru Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. mengisytiharkan darurat tenaga negara sebagai langkah berjaga-jaga terhadap gangguan bekalan dan lonjakan harga minyak dunia. Memetik laporan media antarabangsa, Marcos berkata konflik tersebut telah mencetuskan ketidaktentuan dalam pasaran tenaga global, mengganggu rantaian bekalan serta meningkatkan tekanan kenaikan harga minyak menta

Suara Keadilan
Mar 242 min read


Harga diesel: Jangan buat perbandingan harga 2011 - 2026, bodohkan rakyat
Tular di media sosial segelintir ahli politik dan penyokong pembangkang membuat perbandingan harga diesel antara tahun 2011–2014, 2022 dan 2026 bagi menggambarkan kegagalan dasar kerajaan, namun seorang netizen tampil membidas naratif tersebut sebagai mengelirukan dan tidak berasaskan fakta menyeluruh. Menerusi satu hantaran panjang, Syazwan Fahmi menegaskan perbandingan harga semata-mata tanpa mengambil kira faktor ekonomi utama merupakan “siri nak membodohkan rakyat”. "Tanp

Helmi Mohd Foad
Mar 242 min read


Bayangan Perang Iran-Israel Mula 'Mengganggu' Malaysia
Oleh: Lai Chen Heng ULASAN: Konflik antara Iran dan Israel kini memasuki fasa yang sangat kritikal. Hari ini, 23 Mac 2026, genap 24 hari sejak serangan bermula, dan bayangan perang bukan lagi sekadar berita antarabangsa yang jauh. Sebagai anak jati Kuala Lumpur yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), saya melihat kesan ini mula merayap masuk ke setiap pelosok kota, dari gerai di Setapak Jaya hingga ke meja makan keluarga di Danau

Suara Keadilan
Mar 232 min read


Tamat kehadiran tentera asing, bentuk pakatan keselamatan negara Islam - MAPIM
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa negara-negara Islam menamatkan kehadiran pangkalan tentera asing di rantau Asia Barat serta segera membina pakatan keselamatan sendiri demi kedaulatan dan kestabilan ummah. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata pihaknya menyokong penuh seruan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian agar satu struktur keselamatan Islam diwujudkan bagi menggantikan kebergantungan terhadap kuasa luar. "MAPIM menegaskan kehadiran tenter

Redzuan Shamsudin
Mar 232 min read


Serangan jarak jauh Iran ke Diego Garcia ubah landskap konflik Timur Tengah
Percubaan serangan peluru berpandu balistik atau jarak jauh oleh Iran ke arah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia, Lautan Hindi dilihat sebagai perkembangan signifikan yang berpotensi mengubah keseimbangan keselamatan di peringkat global. Aktivis Pakatan Harapan, Syam Ghaz, berkata tindakan itu membuktikan keupayaan baharu Iran dalam melancarkan serangan melebihi jarak 2,000 kilometer sebagaimana diakui program peluru berpandu republik berkenaan terhad dalam ja

Redzuan Shamsudin
Mar 222 min read
bottom of page
